Monday, 11 April 2016


MAJLIS PELANTIKAN KETUA PENGAWAS DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS 
SK MEDAN JAYA 2016

10 April 2016 (Ahad) : satu majlis pelantikan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas telah di adakan semasa perhimpuan mingguan. Badan Pengawas SK Medan Jaya telah melakukan pemerhatian selama hampir 3 bulan bagi memastikan calon yang lantik menepati kriteria yang di tetapkan. Tahniah dan syabas kepada murid yang terlibat. Senarai lantikan adalah seperi berikut

Ketua Pengawas (L)                 : Muhammad Ikhwan Hafifi bin Mohd Nazeri
Penolong Ketua Pengawas (L) : Ibni Harun Ar-Rasyied bin Iswady Fazly

Ketua Pengawas (P)                  : Roghidatul Izzah bt Muhammad Rani
Penolong Ketua Pengawas (P) : Alyaa Basyirah bt Osman




Sunday, 10 April 2016

TAHNIAH DAN SYABAS.............




Sekalung tahniah dan syabas kepada adik Alya Basyirah bt Osman daripada tahun 6 Amanah yang berjaya mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan bercerita sempena sambutan hari kesihatan sedunia 2016 peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Gelama, Pejabat Pendidikan Daerah Marang


Friday, 8 April 2016

TAHNIAH DAN SYABAS.............


Sekalung tahniah dan syabas kepada adik Muhammad Yusofi bin Mohd Nizam yang berjaya mendapat tempat ke3 tilawah al-Quran sempena MTQ bagi kelas PPKI peringkat daerah Marang 2016...


PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2016 (KM1M 2016)

SK MEDAN JAYA 2016

31 Mac 2016 (Khamis) - Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.

Program KM1M 2016 peringkat SK Medan Jaya telah di adakan pada 31 Mac 2016 (Khamis) dengan tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“.Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Di antara aktiviti yang di adakan ialah penyampaian hadiah Nilam bagi murid yang paling banyak membaca, pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan membuat penanda buku bagi murid tahap 2







Friday, 11 March 2016


TAHNIAH DAN SYABAS.............

Sekalung tahniah dan syabas kepada adik Anis Maisarah bt Kamaruzzaman yang berjaya mendapat pingat perak acara 80M lari berpagar P12 di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang 2016...
Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Motivasi Keibubapaan 2016

Khamis (10 Mac 2016) : Bertempat di Masjid Medan Jaya, satu program bacaan yasin, solat hajat dan motivasi keibubapaan telah di adakan anjuran pihak sekolah bersama PIBG SK Medan Jaya. Tn Hj Mohamad bin Ibrahim Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sultan Sulaiman 1 atau lebih mesra di panggil Ayah Wer  di jemput khas bagi menjayakan program motivasi khusus untuk murid tahun 4, 5 dan 6 bersama ibu bapa masing masing. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.







Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...