Saturday, 20 February 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

PERINGKAT SK MEDAN JAYA

17 Februari 2016 (Rabu) -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Medan Jaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2016.

              Sepanjang majlis tersebut turut di adakan jualan buku yang turut di hadiri oleh penulis novel terkenal iaitu Pn Ain Maisarah. Beliau banyak membeli galakkan kepada murid murid untuk cuba menceburkan diri didalam penulisan novel.  ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

              Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.












Saturday, 13 February 2016

14 Februari 2016 (Ahad)

Satu majlis ringkas penyampaian hadiah bagi pemenang Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas (PPKI) peringkat daerah Marang yang telah berlangsung pada  4 Februari 2016 bertempat di Padang SMK Sultan Sulaiman. 

Senarai penerima hadiah adalah seperti berikut

1. Noor Fitriah bt Abdullah mendapat Johan Lari 200 Meter dan Ketiga bagi lari 100 Meter

2. M. Aiman Hakim bin Muda mendapat Naib Johan Lompat Jauh dan  Ketiga lari 200 Meter

3. Nur Syabibi Damia bt M. Fadzil mendapat Naib Johan Lompat jauh

4. Allyn Nur Syasya bt Mohd Afendi mendapat tempat ketiga bagi lompat jauh 





Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada Noor Fitriah bt Abdullah yang akan mewakili Marang ke peringkat Negeri Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas (PPKI)

Tuesday, 2 February 2016


3 Februari 2016: Hari ini telah diadakan senamrobik untuk kesihatan dan kecerdasan. Program yang diadakan melibatkan semua guru dan murid SK Medan Jaya.


Otak yang cerdas adalah berpunca daripada badan yang sihat, justeru langkah yang diadakan oleh pihak sekolah ini adalah amat wajar dan pastinya dapat menghilangkan stress dan tekanan untuk guru 
   




Senamrobik dalaman bagi sekolah ini juga tidak melibatkan pihak luar, malah instruktor senamrobik ini terdiri daripada guru SKMJ juga.









Badan Sihat, Otak Cerdas...jumpa lagi pada masa akan datang......... :)

Saturday, 30 January 2016


MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER

SK MEDAN JAYA 2016

Tarikh                    : 31 Januari 2016( Ahad)

MATLAMAT
  • ·         Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih murid menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab.
  • ·         Sifat   kepimpinan   yang   diasah   dari   peringkat   sekolah   rendah   ini sememangnya   menjadi   titik   permulaan   yang   terbaik   untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

OBJEKTIF
  • ·      Memberi   pengiktirafan   dan   semangat   kepada   Pengawas,Pengawas Sumber dan Ketua Kelas  SK Medan Jaya   supaya   melakukan   tugas   yang   diamanahkan   oleh   pihak sekolah dengan  dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
  • ·     Semoga dengan perlantikan ini, semua murid yang  telah dilantikdapat   menggalas   dan   menyempurnakan   tanggungjawab   yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi

ATURCARA MAJLIS

7:40 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Sakinah

8:00 pagi  : Ucapan aluan pengerusi majlis (En Mohd Fadhlan bin Yayao)

8: 10 pagi : Ucapan aluan Guru Besar SK Medan Jaya ( Pn Khalijah bt Omar)

8: 20 pagi :  Ucapan oleh Tuan Inspektor Wan Azfan b Wan Mukhtar IPD Marang

9:00 pagi  : Majlis Penyerahan watikah pelantikan

9:15 pagi   : Bacaan ikrar

9:20 pagi  : sesi bergambar








Semoga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber yang di lantik dapat menjalankan amanah yang di beri dengan sebaiknya..

Sunday, 24 January 2016





Selamat datang kepada Encik Che Jemani bin Abdullah GPK Pentadbiran SK Medan Jaya yang baru menggantikan Tn Hj Mohd Yasin b Ali yang bertukar ke SK Rusila sebagai GPK Pentadbiran......

Syabas dan tahniah.......

Saturday, 23 January 2016

PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SK MEDAN JAYA 2016 

SK Medan Jaya: 13 Januari 2016:  Pada hari ini telah diadakan Program Merentas Desa Peringkat Sekolah. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi itu bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Sukan Sekolah, Encik Mohd Badrul Hisham bin Mohd Noor. 

Tentatif Program: 7.30 - 8.00 Pagi : Taklimat Program 8.00 - 8.40 Pagi : Senamrobik - Pimpinan Cikgu Seri Melati dan Cikgu Norul Afkar 8.40 - 9.00 Pagi : Guru beredar ke tempat bertugas manakala murid-murid berkumpul di depan sekolah 9.00 - 10.00 Pagi : Larian bermula secara berperingkat dari Tahun 1-Tahun 6 10.00 - 10.30 Pagi : Rehat 






















Pelepasan murid telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar.









Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang Merentas Desa di sempurnakan oleh YDP PIBG SK Medan Jaya iaitu YM Engku Mohd Hamzah bin Engku Jalil

Friday, 15 January 2016

SELAMAT DATANG GPK HEM YANG BARU....

As salam dan selamat datang kepada Pn. Wan Fauziah bt. Wan Nawang GPK Kokurikulum SK Kubu naik pangkat ke jawatan GPK HEM SK Medan Jaya yang menggantikan Hj. Solahudin b. Sulong yang bertukar ke SK Merchang sebagai GPK Pentadbiran......

Syabas dan tahniah.......

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...