SK Pasir Putih: 5 Februari 2015: SK Medan Jaya telah menyertai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (PBB) yang telah diadakan di SK Pasir Putih, Marang Terengganu. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam bermula 5 Februari hingga 7 Februari 2015. Program tahunan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Marang itu melibatkan semua sekolah-sekolah rendah Daerah Marang.
SK Medan jaya telah menghantar wakil seramai 16 orang yang terdiri daripada Pasukan Pengakap Kanak-kanak, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Pergerakan Puteri Islam.
Selamat Maju jaya diucapkan kepada semua peserta perkhemahan khususnya Pasukan SK Medan Jaya!!
Thursday, 5 February 2015
Sunday, 1 February 2015
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU!
Ahad: 1 Feb 2015: Seramai 4 orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Januari dan Februari diraikan pada pagi ini. Majlis diadakan seusai perhimpunan rasmi sekolah. Antara guru yang terlibat ialah Sir Mustapha bin Yusoff, Puan Azizah bt Besar, Puan Fauziah bt Mohd dan Cik Azilawati bt Aziz. Hadiah disumbangkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Tuan Guru Besar, Puan Khalijah bt Omar menyampaikan hadiah kepada guru yang terlibat.
Untuk guru-guru lain, sabar menanti bulan kelahiran masing-masing. Terima kasih dan Selamat Hari Lahir Cikgu!!
![]() | |
Monday, 19 January 2015
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN " 6 ASPIRASI MURID "
LADAP : 6 ASPIRASI MURID
Telah diadakan pada 18 Januari 2015, pukul 2.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat SK Medan Jaya. Semua guru telah berjaya menghadirkan diri. Terima Kasih dan Tahniah diucapkan.
Antara pengisian program ialah:
- Ucapan Aluan Tuan Guru Besar, Puan Khalijah bt Omar.
- Penerangan berkaitan 6 Aspirasi murid yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
- Pembahagian kumpulan diantara guru bagi membincangkan 6 aspirasi murid iaitu:
- Pengetahuan
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran Memimpin
- Kemahiran Dwibahasa
- Etika dan Kerohanian
- Identiti Nasional
- Sesi pembentangan
- Bersurai
Sunday, 18 January 2015
PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SK MEDAN JAYA 2015
SK Medan Jaya: 18 Januari 2015: Pada hari ini telah diadakan Program Merentas Desa Peringkat Sekolah. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi itu bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Sukan Sekolah, Encik Mohd Badrul Hisham bin Mohd Noor.
Tentatif Program:
7.30 - 8.00 Pagi : Taklimat Program
8.00 - 8.40 Pagi : Senamrobik - Pimpinan Cikgu Ilya Iryany bt Ismail
8.40 - 9.00 Pagi : Guru beredar ke tempat bertugas manakala murid-murid berkumpul di depan sekolah
9.00 - 10.00 Pagi : Larian bermula secara berperingkat dari Tahun 1-Tahun 6
10.00 - 10.30 Pagi : Rehat
Pelepasan murid telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar.
ANTARA GAMBAR PESERTA SEPANJANG LARIAN:
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG:
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada keesokkan harinya iaitu pada Isnin, 19 hb Januari. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Yasin bin Ali. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

BADAN SIHAT, OTAK CERDAS
Thursday, 15 January 2015
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2015
Medan Jaya: 14 Januari 2015: Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Medan Jaya telah diadakan secara ringkas dan sederhana pada tahun ini. Majlis telah diadakan pada sesi perhimpunan pagi pada hari Selasa yang lalu.
Tentatif program bermula dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Radzi bin Muhammad, ucapan daripada Tuan Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan di akhiri dengan aluan dan alunan Selawat secara beramai-ramai oleh guru dan murid-murid.
GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG:

“Perpaduan
Nadi Transformasi Negara”
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...
-
Majlis Tadarus al-Quran sempena Ramadhan 2016 Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak panitia Pendidikan Islam berjaya me...
-
Medan Jaya (26 Jun 2014) : Panatia Pendidikan Islam dan Panatia Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan...
-
Majlis Berbuka Puasa Bersama Murid Tahun 6 2016 23 Jun 2016 ( Khamis ) : Majlis Berbuka Puasa bersama AJK PIBG dan Murid-Murid Tahun 6 ca...