Wednesday, 5 March 2014

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON 2B - SK MEDAN JAYA - (JK DOKUMENTASI)

SK Rusila: 5 Mac 2014: Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Zon 2B Daerah Marang Tahun 1435H/2014M.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Zon 2B merangkap Guru Besar SK Rusila.

Galeri Gambar:



PENDAFTARAN PESERTA
PERTANDINGAN BERCERITA: DEWAN BESAR SK RUSILA

PENGACARA MAJLIS, KERANI DAN PENJAGA MASA
PANEL HAKIM







TILAWAH AL-QURAN:SURAU SK RUSILA


KERANI DAN PENJAGA MASA
PANEL HAKIM
HAFAZAN AL-QURAN:BILIK MESYUARAT SK RUSILA





 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

PENGACARA MAJLIS PENUTUP
PIMPINAN DOA OLEH UST KHIR AL-LUTFI
TETAMU VIP

HADIAH MENANTI PEMENANG
UCAPAN PERASMIAN PENUTUP - GURU BESAR SK RUSILA
UCAPAN KETUA HAKIM - UST RAMLI
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BERCERITA (L):




 PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BERCERITA (P):




 PENYAMPAIAN HADIAH TILAWAH AL-QURAN (L):




  PENYAMPAIAN HADIAH TILAWAH AL-QURAN (P):




  PENYAMPAIAN HADIAH HAFAZAN (L):




  PENYAMPAIAN HADIAH HAFAZAN (P):




 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) ZON 2B 2014/1435 H. JAZAKALLAH KHAIRAN JAZA'.

SK MEDAN JAYA CEMERLANG DALAM MTQ SEKOLAH RENDAH ZON 2B MARANG

Pasukan Koakademik Pendidikan Islam SK Medan Jaya
ke MTQ Sekolah Rendah Zon 2B Daerah Marang
Tahun 1435H/2014M
RUSILA (Rabu, 5 Mac 2014) : Pasukan koakademik Pendidikan Islam SK Medan Jaya mencipta kejayaan baharu pada tahun ini selepas muncul Johan Hafazan (Murid Lelaki), Naib Johan Bercerita Kisah al-Quran (Murid Lelaki) dan Pemenang Tempat Ke-3 Bercerita (Murid Perempuan) dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Zon 2B Daerah Marang Tahun 1435H/2014M.

Majlis berlangsung di Sekolah Kebangsaan Rusila, hari ini. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Zon 2B merangkap Guru Besar SK Rusila.

Berikut rakaman lensa penyertaan pasukan SK Medan Jaya 2014 :


IZWAN AMIN BIN MOHAMAD RANI
Johan Hafazan al-Quran
 (Kategori Murid Lelaki)
Zon 2B Daerah Marang
AMIRUL HAZIQ BIN HASNIFA
Naib Johan Bercerita Kisah Dalam al-Quran
(Kategori Murid Lelaki)
ROGHIDATUL 'IZZAH BINTI MOHAMAD RANI
Pemenang Tempat Ke-3
Bercerita Kisah Dalam al-Quran
(Kategori Murid Perempuan)
BERSEDIA UNTUK PERTANDINGAN....







SELEPAS PERTANDINGAN...






MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH...






JK Multimedia dan Blog SK Medan Jaya mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan pasukan MTQ SKMJ kali ini.


arms/...

Wednesday, 26 February 2014

PERKHEMAHAN PBB DAERAH - PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM

SK Jambu Bongkok: 26-27 Februari 2014: SK Medan Jaya telah menghantar wakil seramai 8 orang murid ke Perkhemahan Pergerakan Badan Beruniform Daerah Marang 2014. Pasukan Badan Beruniform yang telah dihantar melibatkan Persekutuan Pengakap dan Persatuan Puteri Islam Malaysia.

Pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini. Program perkhemahan ini telah menyaksikan kehebatan dan kecemerlangan SK Medan Jaya dengan mengungguli Johan Pertandingan Masakan dan Johan Bina Istana Pasir seterusnya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Perkhemahan Badan-badan Beruniform Daerah Marang 2014. Terbaik dan Tahniah.

ALBUM KENANGAN:




PERTANDINGAN MASAKAN



PERTANDINGAN BINA ISTANA PASIR




JOHAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN PBB DAERAH MARANG  2014. TAHNIAH!!


SK MEDAN JAYA TERBAIK!!

Wednesday, 19 February 2014

PERBARISAN TERBAIK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2014

SK Medan Jaya: 19 Februari 2014: Bersempena dengan kejayaan menduduki tempat ke-3 Perbarisan Terbaik Kategori Sekolah Rendah Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang 2014, satu Majlis sesi bergambar telah diadakan pada pagi ini. Tahniah kepada Kontinjen SK Medan Jaya diatas kejayaan ini. Insya Allah, Kami mensasarkan tempat pertama pada kejohanan yang akan datang. SKMJ Terbaik!!

Tahniah! Ucapan Hjh Limah  kepada Cik Azlina
Kontinjen Perbarisan SKMJ Bergambar Kenangan
Hamper, Piala Iringan dan Sijil
Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya kesepakatan, toleransi dan tanggungjawab tiada dalam diri kita. Terima Kasih kepada semua guru-guru dan murid kerana komitmen anda semua sangat tinggi pada kejohanan kali ini. Terbaik. Tahun hadapan kita gandakan usaha agar menjadi Nombor satu di Daerah Marang dalam apa jua lapangan. Ini Kalilah..... :-)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...