Saturday, 11 January 2014

KENALI PENDIDIK DI SK MEDAN JAYA SESI PERSEKOLAHAN 2014

PN. HJH. LIMAH BINTI MOHD, P.P.N
Guru Besar Cemerlang

EN. AHMAD BUSTAMAN BIN RAIS
Guru Penolong Kanan 1 - Pentadbiran & Akademik

EN. SOLAHUDIN BIN SULONG
Guru Penolong Kanan HEM

PN. WAN ZURAIDA BINTI WAN ALI
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

PN. ZAHARAH BINTI SAMAT
Guru Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

EN. MUSTAPHA BIN YUSOFF
Penyelaras UPSR

EN. AHMAD RADZI BIN MUHAMMAD
Setiausaha Peperiksaan

PN. NOREHA BINTI MUDA
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

PN. AINON MARDIAH BINTI ISRAH
Penyelaras Bestari & ICT


EN. AHMAD SABRI BIN YAAKOB
Guru Disiplin/Guru Kelas Tahun 5

EN. AZARUL RAZAMIN BIN MAT SAID
Guru Bimbingan dan Kaunseling/
Guru Pendidikan Islam (Program j-QAF)

PN. ROSMINA BINTI DAUD
Guru Kelas Tahun 1/Bahasa Malaysia
Guru Rekabentuk dan Teknologi (KSSR T4)

EN. MOHAMAD IZZAT BIN MD. NOOR
Guru Sains

EN. MOHD HISHAM BIN PUTEH
Guru Sains

EN. MOHD BADRUL HISHAM BIN MOHD NOR
Guru Kelas Tahun 6/Pendidikan Islam

PN. ZATIL ARMAH BINTI MUSTAPA
Guru Pemulihan/Setiausaha PIBG Sekolah/
Setiausaha JK Kurikulum Sekolah

PN. FAUZIAH BINTI MOHD
Guru Kelas Tahun 2/Guru Bahasa Arab

PN. RAMLAH BINTI A.RAHIM
Guru Kelas Tahun 3/Bahasa Inggeris

PN. RODEH @ RODHIAH BINTI TAIB
Pengerusi Panitia Pendidikan  Islam/
Setiausaha Guru Penyayang



PN. SURATI BT IBRAHIM
Pengerusi Panitia Sejarah/
Setiausaha PBS/ Setiausaha LINUS/
Setiausaha Kokurikulum/ Setiausaha RMT/
Setiausaha Program Susu Sekolah.


EN. SAMSUKAMAL BIN ABDUL RASHID
Guru PPKI

EN. SAID BIN ABD. MANAF
Guru PPKI

EN. DZULHAIMI BIN MUDA
Guru PPKI

PN. SHAMSIAH BINTI ABD. KADIR
Guru PPKI

PN. EMBAT BINTI ABD. RAHMAN
Guru PPKI/Penyelaras Kantin Sekolah

PN. NOR ASIAH BINTI TEH
Guru PPKI-Pendidikan Islam


PN. SRI MELATI BINTI ALWI
Guru PPKI

CIK AZILAWATI BINTI AZIZ
Guru PPKI

CIK AZLINA BINTI ABU BAKAR
Guru Prasekolah


Tuesday, 7 January 2014

TAKLIMAT PBS TAHUN 4 : Pentaksiran PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

PENTAKSIRAN PAJSK :

Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolaholeh guru berdasarkanpenyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktivitisukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) dan Body Mass Index(BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.


PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK :

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilitydanacquired ability),kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran

Murid Tahun 4 Amanah memberi perhatian kepada taklimat
PAJSK dan PPsi.


Penyelaras PBS Sekolah, Cg. Surati Ibrahim
menyampaikan taklimat kepada murid Tahun 4 Amamah.




Guru Besar, Hjh. Limah Mohd turut hadir
mengikuti taklimat pentaksiran PAJSK dan PPsi.




Blogger 2...

AKTIVITI KOKURIKULUM 2014 BERJALAN LANCAR

Medan Jaya, Marang (7 Jan. 2014) : Pelaksanaan aktiviti kokurikulum SK Medan Jaya berjalan lancar. Ia dimulakan dengan interaksi Pasukan Badan Beruniform (PBB) iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Pengakap Kanak-kanak dan Puteri Islam selama 2 jam iaitu bermula jam 2.15 hingga 4.15 petang.

Aktiviti kokurikulum diteruskan dengan kegiatan 1Murid 1Sukan yang diselaraskan oleh Us. Ahmad Radzi Muhammad (Penyelaras 1M1S) bermula 4.15 hingga 5.15 petang.

Interaksi kali pertama menumpukan kepada pelantikan kepimpinan pasukan uniform dan sukan masing-masing untuk sesi persekolahan tahun ini.



INTERAKSI PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB)
BIL. 1/2014
(Minggu 2 : 7 Januari 2014)






















INTERAKSI PROGRAM 1MURID 1SUKAN (1M1S)
BIL. 1/2014
(Minggu 2 : 7 Januari 2014)


Bola Jaring

Bola Tampar

Catur

Bola Sepak


Blogger 2


Sunday, 5 January 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM SKMJ 2014 BERMULA

Taklimat dasar perjalanan kokurikulum 2014
oleh GPK Kokurikulum

Medan Jaya, Marang (6 Januari 2013) : SK Medan Jaya membuat persiapan awal dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum sesi persekolahan 2014. Satu taklimat khas diadakan kepada semua murid tahun 3 hingga 6 di Dewan Sakinah, di sini hari ini.

Taklimat disampaikan oleh penyelaras pasukan badan beruniform masing-masing. Terdahulu GPK Kokurikulum, Wan Zuraida Wan Ali mengumumkan dasar perjalanan kokurikulum untuk tahun ini, iaitu :

1) Aktiviti kokurikulum (Pasukan Badan Berunifrom/Kelab dan Persatuan) bergilir secara mingguan dan bermula jam 2.15 hingga 4.15 petang.

2) Aktiviti 1Murid 1Sukan bermula jam 4.15 hingga 5.15 petang.

3) semua murid tidak dibenarkan pulang/keluar dari kawasan sekolah sehingga tamat aktiviti kokurikulum pada jam 5.15 petang. Makanan untuk makan tengah hari boleh dibeli di kantin sekolah. Ibu bapa juga boleh membekalkan bekalan makanan / wang saku  untuk anak masing-masing.

Ucapan penasihat JK Kokurikulum Sekolah
Pn. Hjh. Limah Mohd (Guru Besar Cemerlang)

Taklimat Penyelaras Puteri Islam

Taklimat Penyelaras Tunas Kadet Remaja Sekolah

Taklimat Penyelaras Pengakap Kanak-kanak


Kerjasama daripada ibu bapa / penjaga amat diperlukan dalam melancarkan perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.


Blogger 2

"MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG"

Medan Jaya, Marang (5 Januari 2014) : Semua warga di SK Medan Jaya diminta menjayakan misi dan visi sekolah dalam usaha menjayakan Pelestarian Pendidikan Terbilang.


Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd berkata demikian ketika menyampaikan ucapan rasmi Perhimpunan Mingguan Sekolah, di sini hari ini. Beliau menegaskan bahawa betapa peri pentingnya kejayaan pendidikan terbilang dalam memupuk perpaduan dan semangat kekitaan ke arah kesejahteraan negara Malaysia. 


Dalam ucapan beliau juga meminta semua murid membuat persediaan rapi termasuk rohani dan jasmani sebelum memulakan pembelajaran. Pengambilan sarapan pagi membantu persediaan jasmani untuk belajar dengan lebih berkesan kerana tubuh badan dikuatkan dengan tenaga pemakanan.








Selamat belajar.


Blogger 2

Wednesday, 1 January 2014

"FIRST DAY, FIRST BELL, FIRST LESSON" SK MEDAN JAYA 2014

Isyarat SATU menandakan bermulanya persekolahan hari pertama sesi 2014.

Medan Jaya, Marang (1 Januari 2014) : Persekolahan SK Medan Jaya Tahun 2014 berjaya dimulakan pada hari pertama, hari ini.



Ia dimulakan dengan majlis perhimpunan rasmi sekolah, ucapan guru besar, pengenalan Guru Penolong Kanan yang baharu (HEM dan Kokurikulum) dan guru akademik yang bertukar ke sekolah ini. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar.

JK Multimedia dan Blog sempat meninjau perjalanan persekolahan sesi 2014, hari ini:


Murid SK Medan Jaya bersedia untuk belajar

Ucapan pembukaan Penggal 1 Sesi 2014 oleh Guru Besar


Warga Pendidik SK Medan Jaya 2014

Ucapan pengenalan diri oleh GPK HEM 2014
Cikgu Solahudin Sulong

Ucapan pengenalan diri oleh GPK Kokurikulum 2014
Cikgu Wan Zuraida Wan Ali

Ucapan pengenalan diri oleh Guru Sains
Cikgu Hisham Puteh

Ucapan pengenalan diri oleh Guru Pendidikan Khas
Cikgu Syamsiah

Taklimat perjalanan persekolahan hari pertama 2014

Guru-guru mengikuti taklimat yang disampaikan
Kumpulan Pengurusan Sekolah.

Proses pembelajaran berjalan lancar

Suasana pembelajaran di kelas Tahun 4 Amanah

Suasana pembelajaran di kelas Tahun 6 Amanah

Warga sekolah menikmati makanan di kantin sekolah

Murid beratur ketika membeli

Murid Tahun 1 menjamu selera


Semoga sesi persekolahan SK Medan Jaya 2014 menghasilkan kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid yang unggul.

"SELAMAT BELAJAR"
"SK MEDAN JAYA NELANG"


Blogger 2.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...