![]() |
| SALAM MAAL HIJRAH TAHUN 1435H DARIPADA KAMI : WARGA PENDIDIKAN SK MEDAN JAYA 21080 MARANG TERENGGANU |
Tuesday, 5 November 2013
Monday, 4 November 2013
MAKLUMAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 4/2013
Perhatian kepada semua guru dan murid
SK Medan Jaya 21080 Marang, Terengganu
PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS)
SIRI 4/2013
Fasa 2 (Murid Tahun 4, 5 dan 6)
6 November 2013 (Rabu)
Bilik Tayang Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Jam 10.30 pagi hingga 12.30 t/hari : Tayangan Khas Video Bestari Solat
Jam 12.30 t/hari : Amali Wuduk
Jam 1.00 ptg : Solat Zuhur Berjemaah
(di surau dan diimamkan oleh Penyelaras Fasa 2 - Us. Radzi)
Jam 1.15 petang : Makan Tengah Hari
***************************************************************************
Fasa 1 (Murid Tahun 1, 2 dan 3)
4 November 2013 (Isnin)
Bilik Tayang Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Jam 10.30 pagi hingga 12.30 t/hari : Tayangan Khas Video Bestari Solat
Jam 12.30 t/hari : Amali Wuduk
Jam 1.00 ptg : Solat Zuhur Berjemaah
(di surau dan diimamkan oleh Penyelaras Fasa 1 - Us. Azarul)
Jam 1.15 petang : Makan Tengah Hari
PANATIA PENDIDIKAN ISLAM
SK MEDAN JAYA 2013
***************************************************************************
SEKITAR KBS SIRI 4/2013
(FASA 1)
Thursday, 31 October 2013
CERAMAH KHAS AWAL REMAJA, KESIHATAN DIRI & ROHANI
![]() |
| Ceramah Khas Awal Remaja oleh Dr. Fadzlan |
Marang (31 Oktober 2013) : SK Medan Jaya melangsungkan Ceramah Khas Awal Remaja di kalangan murid Tahun 4, 5 dan 6 hari ini, bertempat di Bilik Tayang PSS.
Ceramah disampaikan oleh Dr. Fadzlan Zamalin Zainal Ashirin dari Unit Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang,
"MEMBACA JAMBATAN ILMU"
![]() |
| Persembahan murid membaca sempena pelancaran Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah. |
Marang (29 Okt. 2013) : SK Medan Jaya telah melancarkan Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah, di sini hari ini. Tema sambutan kali ini "Membaca Jambatan Ilmu".
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena pelancaran kem berkenaan. Antaranya pertandingan mewarna dan melukis poster bertemakan "Membaca Jambatan Ilmu".
Semoga kem ini memupuk minat membaca di kalangan warga sekolah.Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena pelancaran kem berkenaan. Antaranya pertandingan mewarna dan melukis poster bertemakan "Membaca Jambatan Ilmu".
MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
(Selasa - 29 Oktober 2013)
(Selasa - 29 Oktober 2013)
![]() |
| Cg. Said Abd Manaf bertindak mempengerusikan majlis pelancaran kem |
![]() |
| Ucapan perasmian pelancaran kem oleh GPK Pentadbiran dan Akademik |
![]() |
| Warga SK Medan Jaya mengikuti majlis pelancaran |
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER
KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
(Rabu - 30 Oktober 2013)
(Rabu - 30 Oktober 2013)
![]() |
| Pertandingan Melukis Poster Kem Membaca (Murid Tahap 2) |
![]() |
| Pertandingan Mewarna Poster Kem Membaca (Murid Tahap 1) |
![]() |
| Pertandingan Mewarna Poster Kem Membaca |
![]() |
| Pertandingan Melukis Poster Kem Membaca |
![]() |
| Murid Tahap 1 (Tahun 3 Amanah) mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna poster. |
![]() |
| Penyertaan murid prasekolah |
![]() |
| Penyertaan murid Tahun 4 Amanah |
KEMBARA MAKLUMAT
KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
(Khamis - 31 Oktober 2013)
"BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"
"MEMBACA MENJANA PENGETAHUAN"
"MEMBACA KUNCI KEJAYAAN"
القراءة مفتاح النجاح
arms/berita...
Wednesday, 30 October 2013
Tiga Jemaah Haji Maut Kemalangan Di LPT
Rabu Oktober 30, 2013
Tiga Jemaah Haji Maut Kemalangan Di LPT
KUANTAN: Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi Rabu.
Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
"Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)menuju ke Kuantan.
"Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
"Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," kata Zainalabidin kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. - BERNAMA
Tuesday, 29 October 2013
PASCA UPSR 2013 : KEM IBADAH TAHUN 6
![]() |
| Pasca UPSR 2013 : Kem Ibadah Tahun 6 diadakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas Fardu Ain. |
Marang : JK Pelaksanaan Program Pasca UPSR 2013 dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SK Medan Jaya telah berjaya melaksanakan Kem Ibadah di kalangan murid Tahun 6 Amanah, bermula semalam.
Program bermula dengan slot Konsep Bersuci (Junub), Perkara membatalkan wuduk/solat dan Konsep Solat Berjemaah berlangsung di Bilik Tayangan PSS SK Medan Jaya.
![]() |
| Peserta Kem Ibadah mengikuti tayangan video khas mengenai Konsep Bersuci. |
arms/berita...
Monday, 28 October 2013
KEMALANGAN MAUT DI JALAN JABOR-DUNGUN - Satu catatan penulis
Dungun (27 Oktober 2013) : Penulis bercuti pada hari ini (27 Okt.2013) kerana menghadiri majlis konvokesyen di UKM Bangi, Selangor.
Selepas zuhur, penulis dan anggota keluarga mula bertolak pulang ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (Karak-Kuantan) dan Jalan Jabor-Jerangau.
Setibanya di Cheneh, penulis berhenti di Cheneh Recreation dan Resort (CRR) untuk minum dan menanti saat masuknya waktu Maghrib.
Ketika menikmati minuman di CRR, serombongan pegawai dan kakitangan yang menaiki pacuan 4 roda kenderaan JKR Projek LPT Fasa 2 berhenti di CRR untuk menunaikan solat Maghrib di surau.
Sesudah menyempurnakan solat maghrib, penulis dan rombongan berkenaan beredar dari CRR meneruskan perjalanan pulang menuju ke Bukit Besi/LPT Fasa 2 (jajaran B.Besi-Ajil). Trafik jalan raya agak perlahan kerana lori treler yang sarat dengan muatan bergerak perlahan di hadapan perjalanan penulis.
Setibanya di KM 106 Jerangau-Jabor, kelihatan sebuah lori rosak di atas jalan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Salah sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik JKR itu tadi telah terlanggar belakang lori berkenaan.
Kemalangan ini menyebabkan halangan kepada lalu lintas seketika. Orang ramai termasuk anggota rombongan jabatan tersebut yang berada di tempat kejadian membantu mengawal keadaan yang mencemaskan itu. Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba AMBS turut bergegas ke tempat kejadian.
Kemalangan ini menyebabkan halangan kepada lalu lintas seketika. Orang ramai termasuk anggota rombongan jabatan tersebut yang berada di tempat kejadian membantu mengawal keadaan yang mencemaskan itu. Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba AMBS turut bergegas ke tempat kejadian.
al-Fatihah untuk Allahyarham.
Petikan laman :
Pengurus Besar Kanan JKR Maut Dalam
Kemalangan Di Dungun
Posted by Sham TT on October 28, 20130 Comment
DUNGUN (27 Okt. 2013) : Pengurus Besar Kanan Pembinaan JKR LPT Fasa II maut dalam kemalangan antara tiga buah kenderaan di KM 106, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun jam 8 malam tadi.
Mangsa, Rusli bin Embuk,55, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain sementara pemandu kenderaan itu, Zuki bin Ngah,43, hanya mengalami cedera ringan.
Pacuan empat roda yang dinaiki oleh Rusli dan Zuki dikatakan telah merempuh bahagian belakang treler yang rosak yang di tepi jalan menghala ke Kuala Terengganu. Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing lalu bergesel dengan sebuah kereta Honda City yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...
-
Majlis Tadarus al-Quran sempena Ramadhan 2016 Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak panitia Pendidikan Islam berjaya me...
-
Medan Jaya (26 Jun 2014) : Panatia Pendidikan Islam dan Panatia Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) menganjurkan...
-
Majlis Berbuka Puasa Bersama Murid Tahun 6 2016 23 Jun 2016 ( Khamis ) : Majlis Berbuka Puasa bersama AJK PIBG dan Murid-Murid Tahun 6 ca...














































