Thursday, 24 October 2013

JASAMU DIKENANG...TERIMA KASIH USZH. SOLIHAH KAMARUDDIN

Menerima penghargaan cenderahati terima kasih daripada
Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KGKT) SK Medan Jaya
Marang (24 Okt. 2013) : Hari ini SK Medan Jaya disulami suasana pilu dan hiba atas tamatnya perkhidmatan Guru Ganti (Bahasa Arab), Uszh. Solihah Kamaruddin di sekolah ini.


Cg Mohd Sabri Yaakob mempengerusikan majlis

Murid-murid menghayati ucapan majlis perpisahan.

Uszh. Solihah menyampaikan ucapan perpisahan

Ucapan wakil Guru Besar oleh GPK1 Ahmad Bustaman Rais


Menerima penghargaan terima kasih daripada
Setiausaha KGKT SK Medan Jaya

Bergambar kenangan selepas berakhirnya majlis.
Teruskan perjuangan menuntut ilmu...pesanan Uszh. solihah



Beliau memulakan khidmat guru ganti di sini bermula 26 Ogos 2013 hingga hari ini berikutan Uszh. Fauziah Mohd yang cuti bersalin selama 3 bulan.

Berduet dengan Cg. Mohd Sabri ketika menyampaikan
sajak kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan
Malaysia 2013

Kenangan sewaktu membantu kejuaraan
Rumah Hijau dalam sukaneka 2013
Kenangan sewaktu 10,000 langkah berjalan kaki
Sesungguhnya khidmat beliau di sini telah melonjakkan semangat pembelajaran di kalangan murid dalam Bahasa Arab (Sekolah Rendah). Beliau yang juga guru penasihat Rumah Sukan - Rumah Hijau turut membantu kemenangan dan kejuaraan Rumah Hijau dalam Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka antara rumah sukan Tahun 2013.

Sesi bersalaman perpisahan

"Terima Kasih Ustazah..."

"Ustazah kesayangan kami..."


Uszh. Solihah adalah graduan Ijazah Sarjana Muda lulusan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bapa beliau adalah pesara guru yang pernah berkhidmat di daerah ini.

Akhir kata, bagi pihak Panatia Pendidikan Islam SK Medan Jaya dan JK Program j-QAF SKMJ merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas komitmen yang telah diberi sebelum ini.

Semoga Uszh. Solihah berjaya dengan kehidupan selepas ini dalam bidang yang diceburi.

Terima Kasih Cikgu...




arms/berita...

Wednesday, 23 October 2013

"FALSAFAH SOLAT MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM"




Kuala Berang (24 Okt. 2013) : Satu ceramah khas akan disampaikan oleh Us. Azarul dari SK Medan Jaya kepada murid-murid Tahun 6 pasca UPSR 2013 di SK Seri Berang (SKSB), di sini esok.

Program anjuran JK Program Pasca UPSR SKSB dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SKSB.

Us. Azarul berkhidmat di SK Seri Berang bagi tempoh persekolahan
Tahun 2007-2012




SELAMAT DATANG PANEL HAKIM PERTANDINGAN SARANA SEKOLAH DAN PIBG PERINGKAT NEGERI

Bilik Sarana Ibubapa dan Guru SKMJ
23/10/2013: SK Medan Jaya: Semalam SK Medan jaya telah didatangi oleh dua orang wakil daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) bagi mengadili SK Medan Jaya di dalam Pertandingan Sarana Sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Para hakim pertandingan ini disambut mesra oleh Puan Guru Besar, Pn Hajjah Limah bt Mohd, GPK Pentadbiran, En. Ahmad Bustaman bin Rais, GPK HEM, Pn Hajjah Rugayah bt Abu Bakar dan Setiusaha Kehormat PIBG SK Medan Jaya, Pn Zatil Armah bt Mustaffa.

Perjumpaan ini telah diadakan di Bilik Khas Sarana Ibubapa dan Guru SK Medan Jaya. Team Blogger mengucapkan Tahniah dan semoga SK Medan Jaya mengungguli tempat pertama di dalam pertandingan ini, Insya Allah
.




ALL THE BEST!! SK MEDAN JAYA.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3/2013 BERJAYA DILAKSANAKAN

Pengukuhan amali solat bacaan

Pengukuhan amali solat perlakuan
Peserta menikmati makan tengah hari sebelum kem bermula

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013

Suasana Peperiksaan Akhir Tahun 2013
Kelas Tahun 6 Amanah

Saturday, 12 October 2013

HARI KELUARGA KGKT SK MEDAN JAYA 2013 MERIAH

Marang (12 Okt. 2013) : Sambutan Hari Keluarga Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Medan Jaya disambut dengan begitu meriah. Pelbagai acara sukaneka dilangsungkan sempena hari keluarga berkenaan.

Program dijalankan di Marang Village Beach & Spa Resort, Marang.

Berikut rakaman lensa Blogger ketika meninjau perjalanan program tersebut :

Jemputan majlis menikmati juadah yang dibawa.

Thursday, 10 October 2013

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG DAN SUKANEKA KALI KE-6 (2013) : RUMAH HIJAU MUNCUL JOHAN KESELURUHAN

KAMI BERJAYA : Ahli pasukan Rumah Hijau  meraikan kejayaan
selepas diistiharkan Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan, Padang dan
Sukaneka SK Medan Jaya Kali Ke-6 2013

Medan Jaya, Marang (10 Okt. 2013) : Rumah Hijau muncul johan keseluruhan dalam kejohanan balapan, padang dan sukaneka kali ke-6 2013, hari ini selepas mengenepikan saingan Rumah Merah dan Rumah Biru. Rumah Merah berada di kedudukan ke-2 diikuti Rumah Biru di tempat ke-3.

Rumah Hijau

Rumah Biru

Rumah Merah
Manakala Rumah Biru dinobatkan Perbarisan Terbaik dan Khemah Rumah Sukan Terbaik pada kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru penasihat rumah sukan dan peserta acara kejohanan.

Pungutan pingat adalah seperti berikut :

1.Rumah Hijau (330 mata) : 
15 emas (150 mata), 12 perak (96 mata), 14 gangsa (84 mata)

2.Rumah Merah (312 mata) : 
15 emas (150 mata), 12 perak (96 mata), 11 gangsa (66 mata)

3.Rumah Biru (222 mata) : 
6 emas (60 mata), 12 perak (96 mata), 11 gangsa (66 mata)

Atlit Terbaik 2013 :


Olahragawan : Amir Hisham Amran (Rumah Merah)
Olahragawati : Anis Syakirah Sumardi (Rumah Hijau)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...