Saturday, 7 September 2013

PROGRAM BULAN KECERGASAN 10,000 LANGKAH JALAN KAKI RIA SK MEDAN JAYA 2013

SK Medan Jaya: SK Medan Jaya telah berjaya mengadakan Program Bulan Kecergasan 10,000 Jalan Kaki Ria 2013 yang telah diadakan pada 4 September 2013. Warga SK Medan Jaya termasuk para guru, kakitangan, serta sebahagian ibubapa telah berjalan kaki sejauh 8 kilometer bermula dari tapak perhimpunan sehingga ke Kampung Medan Jaya dan Kampung Rusila. Program bermula dengan acara senamrobik kemudian diikuti dengan acara berjalan kaki.

GALERI GAMBAR

SENAMROBIK





















10,000 LANGKAH JALAN KAKI RIA

Taklimat ringkas oleh PK Kokurikulum
Kami dah sedia

Encik Badrul Hisham mengetuai aktiviti berjalan kak i















Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencayakan aktiviti ini. Semoga SK Medan Jaya terus cemerlang.

   

Wednesday, 4 September 2013

MOTIVASI TAHUN 6


SK Medan Jaya : 4 Sept 2013: Satu Motivasi untuk Calon-calon UPSR telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Medan Jaya pada pagi ini. Program bermula pada pukul 9.00 pagi -10.30 pagi. Motivator yang dijemput pada kali ini ialah Dr. Zaid bin Ismail, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Encik Sabri b Yaakob sebagai Pengacara Majlis



MOTIVATOR JEMPUTAN


Dr Zaid bin Ismail (Pensyarah Unisza)



GALERI GAMBAR PROGRAM MOTIVASI CALON UPSR 2013













CENDERAHATI KENANGAN DAN SESI BERSALAMAN DENGAN MOTIVATOR



Semoga segala pesanan dan amanat yang telah disampaikan akan memberi semangat dan rangsangan kepada calon UPSR kita dalam menempuh peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan milik kita semua. SK Medan Jaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Zaid diatas kesudian beliau ke sekolah kita, mudah-mudahan segala amalan kita di terima dan di ucapkan Jazakallahu Khairan Jaza'.

Wednesday, 28 August 2013

KEM MINDA UPSR SK MEDAN JAYA 2013

Marang Village
- Lokasi pelaksanaan Kem Minda UPSR 2013


Marang (23 Ogos 2013) : JK Projek Kecemerlangan UPSR SK Medan Jaya telah berjaya melangsungkan Kem Minda UPSR 2013 bermula 23 hingga 25 Ogos lepas.

Kem dijalankan di Marang Village, Jalan Marang-Dungun dengan mengadakan tutorial semua kertas peperiksaan UPSR. Ia disampaikan oleh guru-guru UPSR SK Medan Jaya dan pegawai jemputan daripada PPD Marang.

Semoga UPSR 2013 mencipta sejarah cemerlang.

Mesyuarat persediaan pelaksanaan kem

Bacaan Yaasin dan Sunat Hajat







Ceramah Motivasi


Cenderahati kepada Penceramah Motivasi dari PPD Marang.


Tuesday, 27 August 2013

TIADA AEDES TIADA DENGGI

SK Medan Jaya: 28 Ogos 2013: Satu Gotong Royong telah di adakan pada pagi ini di SKMJ. Tujuan di adakan gotong royong tersebut ialah bagi membersihkan kawasan sekolah demi mengelakkan berlakunya pembiakan nyamuk Aedes. Aktiviti itu diadakan seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi.





Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...