Wednesday, 3 July 2013

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MARANG 2013


NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT - TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU

SK Medan Jaya: 3 Julai 2013:  Sekolah Kebangsaan Medan Jaya sekali lagi dikunjungi oleh guru-guru dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Marang bersempena dengan Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Daerah Marang 2013. Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu itu bertemakan Negeri Bersih, Rakyat Sihat dan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Program ini melibatkan Pertandingan Mewarna Murid-murid Pra sekolah dan Murid Tahap I sekolah rendah serta Pertandingan Melukis Poster Murid Tahap II rendah serta Murid Menengah Rendah dan Menengah Atas.

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH:





PERTANDINGAN MEWARNA RENDAH TAHAP I:






PERTANDINGAN MELUKIS POSTER RENDAH TAHAP II:





PERTANDINGAN MELUKIS POSTER MENENGAH RENDAH & ATAS:








MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH:


Perasmian Penutup Oleh En Sabri n Mohd Nor (PPPD Marang)



Pengacara Majlis: Puan Zatil Armah bt Mustafa

 PEMENANG KATEGORI MEWARNA  PRA SEKOLAH:




PEMENANG MEWARNA TAHAP I RENDAH



 PEMENANG MELUKIS POSTER TAHAP II RENDAH:




 PEMENANG MELUKIS POSTER MENENGAH RENDAH:




 PEMENANG MELUKIS POSTER MENENGAH ATAS:




Warga SK Medan Jaya mengucapkan Tahniah kepada semua pemenang dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa.




Wednesday, 26 June 2013

PASUKAN BOMBA DI SK MEDAN JAYA?


BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SK Medan Jaya, Marang: Pada Hari ini, SK Medan Jaya telah berjaya mengadakan PROGRAM BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua Warga SK Medan Jaya berkaitan langkah-langkah persediaan semasa berlakunya kebakaran. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan deringan loceng kecemasan sambil murid-murid dan warga SKMJ bergegas dan berkumpul di Tapak Kecemasan.


Tepat jam 8.39 pagi, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marang yang di Ketuai Oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Kutty bin Mohamad tiba ke SK Medan Jaya dan seterusnya beliau menyampaikan Ceramah Kebakaran kepada Murid-murid.

Majlis di Pengerusikan Oleh Cikgu Izzat b Mohd Noor
Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Kutty bin Mohamad

 DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN


Semua Guru dan Murid SK Medan Jaya seronok dan berminat dengan Aktiviti Demonstrasi Kebakaran ini. Semoga aktiviti yang telah dijalankan ini memberi manfaat serta menambah pengetahuan dan pengalaman kepada semua.

SEKILAS AKTIVITI BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Pn Guru Besar diberi penerangan oleh Pegawai Bomba
En Rosli bin Mamat GPK KOKO
Bergambar Kenangan... Jumpa Lagi...


Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Kutty bin Mohamad dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marang, Terengganu. Insya Allah, berjumpa lagi dilain masa... :)

BT1


EXCO KESIHATAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER



KUALA TERENGGANU : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.
Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.
Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu.
Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Dr A. Rahman dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian, Besut dan merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti of Philippines di Manila dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri sejak 2008.
Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.
Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.
(MStar Online)

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...