Wednesday, 17 April 2013

PENCALONAN BILIK BOSS TERBAIK DAERAH MARANG 2013




Medan Jaya, Marang : Bilik Buku Teks Sekolah (BOSS) SK Medan Jaya sedang melalui proses penilaian oleh Panel dari PPD Marang untuk pertandingan Bilik Boss Terbaik Daerah.

Blogger Team meninjau perjalanan proses penilaian tersebut :










Monday, 15 April 2013

TERIMA KASIH BUAT PANEL - JPNT



KOTA BHARU, Kelantan : Pengurusan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (SPI-JPNT) merakamkan penghargaan kepada barisan Panel Bengkel Kerja Modul Adab Harian, Modul Bestari Solat dan Modul Khas Jawi KSSR Tahun 1 atas sumbangan penulisan akademik dan kajian ilmiah.

Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh sedang menyampaikan ucapan aluan
kedatangan para Panel ke Bengkel SPI-JPNT













Ucapan penghargaan disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Operasi j-QAF) SPI-JPNT, Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh ketika menyampaikan ucapan penutup Bengkel Kerja Penulisan Modul 2013 di PCB Resort, Jalan Cahaya Bulan.

Hadir sama Pegawai-pegawai SPI-JPNT dan Penyelia-penyelia Pendidikan Islam PPD Negeri Terengganu. 


arms/...

Friday, 12 April 2013

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2013

Bimbingan solat murid tahun 2 oleh Ustazah Fauziah Mohd
Guru Bahasa Arab Program j-QAF.

Medan Jaya Marang : JK Program j-QAF SK Medan Jaya telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1/2013, Selasa lepas. Program bermula 1.30 petang hingga 4.30 petang dikendalikan oleh semua guru dan guru KAFA selaku fasilitator kem.

KBS adalah suatu pengisian kokurikulum bertujuan memastikan semua murid islam di sekolah rendah menguasai wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna.

Siri 2/2013 akan diadakan pada bulan Mei depan. Semoga usaha melahirkan mukmin sejati akan  berhasil. Solat itu tiang agama. Solat adalah suatu kewajipan ke atas setiap mukmin.

Taklimat Pembahagian Murid untuk LDK KBS.


arms/...

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA NEGERI 2013 : Penghakiman Bermula...

Pegawai JKNT sedang memberi respon kepada pembentangan
Taklimat Pengoperasian Kelab Doktor Muda SKMJ

Medan Jaya Marang (9 April 2013) : Jemaah Hakim Penilaian Bilik Operasi Kelab Doktor Muda sempena Konvensyen Kelab Doktor Muda Negeri Terengganu 2013, telah bermula hari ini.

Barisan hakim terdiri daripada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Mereka menilai pengoperasian bilik kelab dan mengikuti taklimat kejayaan dan pencapaian kelab yang disampaikan Penyelaras Kelab Doktor Muda SK Medan Jaya, Puan Zatil Armah Mustapa.

Sebelum ini, Kelab Doktor Muda SKMJ dipilih kelab terbaik daerah Marang dan meneruskan cabaran ke peringkat negeri.

Penyelaras Kelab Doktor Muda SK Medan Jaya
Pn. Zatil Armah Mustapa membentang taklimat kepada
para hakim.

Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
sedang membuat catatan pemarkahan.

Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
sedang mencatat butiran taklimat.

Pegawai Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah Marang turut hadir
sebagai pemerhati.

Membuat penilaian Bilik Kelab Doktor Muda SKMJ



Pameran Tips Cara Hidup Sihat

GPK Kokurikulum (kanan) selaku Pengerusi Kelab mengiringi
jemaah hakim ke Bilik Kelab Doktor Muda.

Setiausaha Kelab mengalu-alukan kedatangan jemaah hakim.







arms/...

Sunday, 31 March 2013

KENALI GURU PELATIH SK MEDAN JAYA

SK Medan Jaya:  Tanggal 31/3/2013, SK Medan Jaya telah didatangi oleh empat orang Guru Pelatih dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Mereka masing-masing dengan opsyen Pengajian Islam dan Bahasa Inggeris. Tempoh latihan mereka adalah dari 31 Mac-25 April 2013. Warga SK Medan Jaya mengucapkan selamat datang dan selamat berpraktikum. Semoga pengalaman mengadakan latihan disini akan memantapkan lagi sahsiah dan peribadi mereka dalam menempuh hari-hari mendatang sebagai pendidik yang berjaya.. Selamat Maju Jaya.


Sharifah Farhana bt Syed Mahizan (Pengajian Bahasa Inggeris))

Faizah bt Khalid (Pengajian Bahasa Inggeris))

Wajihah bt Abdul Nassir (Pengajian Islam)

Siti Khadijah bt Mat Esa (Pengajian Islam)

Blogger Team 1

KELAB DOKTOR MUDA SK MEDAN JAYA TERBAIK DI MARANG


KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA
PERINGKAT DAERAH MARANG

DI BTPN TERENGGANU, MARANG
31 MAC 2013

Kontinjen Koakademik Sains dari SK Medan Jaya :
Kelab Doktor Muda Tahun 2013.

MARANG : Bahagian Promosi Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Marang berjaya menganjurkan Konvensyen Kelab Doktor Muda  Daerah Marang, hari ini.

Program berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Terengganu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat celik sains kesihatan di kalangan 'doktor-doktor muda' dari sekolah rendah di daerah ini.

Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda


SK Medan Jaya berpeluang menghantar kontinjen Kumpulan Doktor Muda ke program berkenaan dengan menyertai pertandingan bercerita kesihatan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Sketsa Bakat, Buku Skrap Informasi Kesihatan, Melukis Poster dan Kuiz Kesihatan.


Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
  • Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
  • Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Murid belajar menghargai kesihatan.
  • Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. 
  • Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
  • Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
  • Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
  • Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
  • Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
  • Sekolah bersih
  • Sekolah bebas Aedes
  • Imej sekolah meningkat


Dalam perkembangan berkaitan, SK Medan Jaya muncul Kelab Doktor Muda Terbaik Daerah Marang dan Naib Johan dalam pertandingan Sketsa Bakat "Merokok Membawa Padah".


Pn. Dr. Hjh. Faizan binti Hj. Ghazali
Pegawai Kesihatan Daerah Marang

Perasmian majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dr. Hjh. Faizan binti Hj. Ghazali, Pakar Kesihatan Awam yang juga Pegawai Kesihatan Daerah Marang.

Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan berikut :

http://www.drmuda.gov.my/drmuda.*



Blogger Team mengucapkan selamat bersidang di konvensyen tersebut.


arms/...

Thursday, 21 March 2013

"KAMI SAYANG CIKGU CHE HARON" - Warga SK Medan Jaya, Marang

"Selamat Tinggal SK Medan Jaya"
Lambaian terakhir oleh Cg. Che Haron bin Abdullah
(mantan GPK HEM SK Medan Jaya, Marang
Tempoh : 2010 - Feb. 2013)


Detik terakhir merekod kehadiran bertugas di SK Medan Jaya, Marang.

MEDAN JAYA, MARANG : SK Medan Jaya mencatat sejarahnya tersendiri apabila majlis meraikan pertukaran mantan GPK HEM, Cg. Che Haron Abdullah di peringkat sekolah berjalan dengan penuh warna-warni dan kesedihan.

Cg. Che Haron Abdullah ketika di Majlis Perpisahan 
Peringkat SK Medan Jaya

Melangkah ke pentas sebelum memulakan ucapan perpisahan

Merenung 1001 kenangan di SK Medan Jaya

Menyampaian ucapan perpisahan dan amanat terakhir

Ucapan yang menyentuh kepentingan ilmu
dan masa depan murid.

Warga sekolah mengikuti amanat terakhir Cg. Che Haron

Sempat melihat buku aturcara majlis

"Kami sayang Cikgu Che Haron" - Warga SK Medan Jaya, Marang.

Majlis bermula selepas waktu rehat di Dewan Sakinah, SK Medan Jaya bermula dengan sesi ucapan perpisahan. Kemudian ia diteruskan dengan penyampaian hadiah dari semua pihak termasuk daripada guru, PIBG, kelas-kelas dan murid perseorangan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...