Wednesday, 20 March 2013

PERTUKARAN CIKGU CHE HARON ABDULLAH DIRAI

TERIMA KASIH DI ATAS KHIDMAT BAKTIMU 
Sesi bergambar kenangan dengan bekas GPK HEM
dan dua Guru Pendidikan Islam SK Medan Jaya yang kini telah bertukar.

KUALA TERENGGANU : Kelab Guru dan Kakitangan SK Medan Jaya (KGKT SKMJ) serta PIBG meraikan pertukaran Cikgu Che Haron Abdullah (bekas GPK HEM) yang bertukar ke SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu sebagai GPK 1 Pentadbiran dan Akademik.

Majlis dilangsungkan di Puncak Gamelan, Primula Hotel, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi PIBG, YM Engku Mohd Hamzah Engku Abd Jalil.

Turut diraikan Ustazah Muaminah dan Ustazah Ros Ismail yang sebelum ini berkhidmat di SK Medan Jaya dan kini bertugas di SK Batangan, Marang.

Blogger Team mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan selamat berkhidmat di sekolah baru.


Aluan pengacara majlis.

Ucapan Guru Besar.

Penyampaian Cenderahati dari warga SK Medan Jaya

Guru Disiplin mempengerusikan majlis


Penyampaian cenderahati kepada Ustazah Ros Ismail

Kumpulan Guru dan kakitangan perempuan SK Medan Jaya
sempat bergambar di ruang luar Puncak Gamelan Primula Hotel. 

Penyampaian cenderahati sekolah kepada Ustazah Muaminah

Wakil Guru KAFA SK Medan Jaya menyerahkan hadiah
kepada bekas GPK HEM SK Medan Jaya.

Menikmati Jamuan 

Tetamu diraikan dengan jamuan istimewa oleh KGKT SKMJ.
Guru Besar dan GPK meraikan kehadiran Cikgu Che Haron,
Ustazah Muaminah dan Ustazah Ros di majlis.

Orang kuat KGKT SKMJ, Puan Embat bekerja keras
menjayakan majlis 'jasamu dikenang'.

GPK Kokurikulum dan GPK PPKIBP memantau perjalanan majlis.

"selamat menjamu selera"

"selamat menjamu selera buat Ustazah Muaminah"

Kakitangan dari PPKIBP
turut memeriahkan majlis.

Cikgu Izzat (kanan) berselera dengan hidangan juadah.


Cikgu Che Haron dan isteri menikmati hidangan jamuan.








Ucapan Perpisahan




Panorama di Puncak Gamelan, Hotel Primula Kuala Terengganu




MTQ ZON : SK Medan Jaya Naib Johan Hafazan dan Ke-3 Tilawah

Kontinjen Koakademik Pendidikan Islam
ke MTQ Zon 2B Daerah Marang Tahun 1434h/2013M.

Kubu, Pengkalan Berangan : SK Medan Jaya mendapat tempat naib johan dalam bidang hafazan murid lelaki dan ke-3 dalam bidang tilawah murid perempuan sempena Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Sekolah Rendah KPM peringkat zon 2B Daerah Marang, semalam.


Blogger team mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen koakademik Pendidikan Islam kerana berusaha mendapat kedudukan terbaik untuk tahun ini.

Syabas dan tahniah di atas kejayaan dalam Tilawah MTQ.

Syabas dan tahniah di atas kejayaan dalam hafazan MTQ.

Pertandingan Bercerita (Perempuan)

Ucapan perasmian majlis penutup oleh
Pengerusi zon merangkap Guru Besar SK Rusila.

Jemputan rasmi di majlis penutup.

Ibni Umar antara muka baru dalam kontinjen sekolah
untuk pertandingan bercerita (lelaki).



Penyampaian hadiah tempat ke-3 Tilawah (perempuan)
kepada qariah dari SK Medan Jaya.

Penyampaian hadiah Naib Johan Hafazan (lelaki)
kepada wakil SK Medan Jaya.

Cikgu Hjh. Limah (Guru Besar SK Medan Jaya)
dan Cikgu Mahsuri (Guru Besar SK Jerong) antara jemputan
yang hadir ke majlis penutup MTQ.
Kontinjen MTQ SK Medan Jaya bersiap-sedia.



Di kaunter pendaftaran di lobi Dewan al-Mawardi SK Kubu.

Qariah Tilawah SK Medan Jaya di pentas MTQ.

Alia al-Hafizah dari Tahun 3 Amanah SK Medan Jaya bersedia
ke pertandingan hafazan MTQ.


Pertandingan hafazan di bilik tayang PSS SK Kubu.

Monday, 18 March 2013

"AL-QURAN PENJANA TRANSFORMASI UMMAH"

MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT ZON 2B DAERAH MARANG, TERENGGANU
19 Mac 2013 | SK Kubu, Pengkalan Berangan.

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Marang


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 
TAHUN 1434H/2013 M
19 Mac 2013 | Masjid al-Barakah, Kg. Cerang Cina, Wakaf Tapai.

Anjuran : Pejabat Agama Daerah Marang

UCSI TERENGGANU LAWAT SK MEDAN JAYA


Medan Jaya, Marang : UCSI Kampus Terengganu di Bukit Kor, Marang telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Bilik Kesihatan SK Medan Jaya, hari ini. Ketibaan kumpulan pelawat tersebut dirai oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) yang baru bertugas di sekolah ini, Pn. Rugayah Abu Bakar.

Pn. Rugayah yang memulakan tugas minggu ini menggantikan Che Harun Abdullah yang bertukar ke SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Lawatan bertujuan membuat kajian berkenaan penyakit tulang belakang di kalangan wanita. Kajian di sini akan berfokus di kalangan murid perempuan Tahun 6. 

Blogger Team mengucapkan selamat menjalankan kajian. Semoga dapatan kajian yang dijalankan membawa manfaat bersama. Kesihatan unggul bermula dengan gaya hidup yang sihat.

Staf UCSI Kampus Bukit Kor, Terengganu meninjau kemudahan
di Bilik Kesihatan SK Medan Jaya.

GPK HEM SK Medan Jaya, Pn. Rugayah Abu Bakar
memberi layanan kepada pelawat.

Thursday, 14 March 2013

SK MEDAN JAYA CEMERLANG DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2012


SYABAS DAN TAHNIAH :
Penerima Anugerah Penghargaan Pendidikan Khas JPNT 2012
bergambar kenangan bersama EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri,
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM
dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Kuala Terengganu (16 Mac 2013) : Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di SK Medan Jaya telah diiktiraf sebagai Program Contoh Tahun 2012.

Guru Besar menerima Anugerah Khas Program Pend. Khas Integrasi Contoh
Tahun 2012 daripada Pengerusi JK Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan 
Wanita Negeri Terengganu, YB Dato' Hj. Yahya bin Khatib Mohamad.

Guru Besar Cemerlang SK Medan Jaya, Marang
Pn. Hjh. Limah binti Mohd pamer Sijil Anugerah Khas daripada JPNT.

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah menganugerahkan kepada sekolah ini Anugerah Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Contoh 2012 di Majlis Pelancaran Program Keibubapaan Ibu Bapa/Penjaga Murid Pendidikan Khas Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Di majlis yang sama, Cik Azilawati Aziz, guru pendidikan khas dari sekolah ini telah dipilih sebagai penerima Penghargaan Khas Guru OKU Berjasa Tahun 2012.

Dewan Besar Wisma Darul Iman dipenuhi dengan jemputan terdiri daripada
ibu bapa/penjaga murid dan guru-guru.



Johan Hafazan MTQ Kebangsaan (Pendidikan Khas)
memperdengarkan Wahyu Ilahi/ayat-ayat al-Quran.

Tetamu kehormat majlis perasmian.

"Pemimpin Berjiwa Rakyat"

Penerima Penghargaan Khas Guru OKU Berjasa Tahun 2012
Cik Azilawati binti Aziz

Kejayaan Cikgu Azilawati Aziz dirai bersama Guru Besar SK Medan Jaya
dan ibu tersayang.
Majlis berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman dan disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Haji Yahya bin Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan, Marang.


Blogger Team mengucapkan syabas dan tahniah di atas penganugerahan tersebut.


arms/berita...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...