Saturday, 9 March 2013

PSS SK Medan Jaya Cemerlang Tahun 2012

Medan Jaya, Marang (10 Mac 2013) : Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Medan Jaya telah dianugerahkan dua sijil penghargaan kecemerlangan PSS oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), baru-baru ini.

PSS SK Medan Jaya diiktiraf cemerlang 5 Bintang dalam taraf Indeks Kualiti PSS dan 4 Bintang dalam Smart School Qualifications Standards (SSQS).

Untuk maklumat lanjut mengenai SSQS, sila layari Link berikut :
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php


Blogger Team mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan dan keunggulan pengurusan PSS SKMJ.


PENYERAHAN SIJIL OLEH GURU BESAR 
KEPADA PENYELARAS PSS SK MEDAN JAYA :


SYABAS DAN TAHNIAH :
Sijil Penghargaan Anugerah 4 Bintang SSQS
(Smart School Qualification Standards)
Pusat Sumber Sekolah (PSS) Tahun 2012.


SYABAS DAN TAHNIAH :
Sijil Penghargaan Anugerah 5 Bintang - Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah
 (IQ-PSS) Tahun 2012.

RUMAH BIRU JOHAN KUIZ j-QAF SEMPENA PSS BERSAMA PAI/BA

Adik Qistyeena Muslih binti Mohd Zaki

Medan Jaya, Marang (10 Mac 2013) : Adik Qistyeena Muslih binti Mohd Zaki, Tahun 4 Amanah dari Kontinjen Rumah Biru muncul peserta terbaik Kuiz j-QAF sempena Program Pusat Sumber Sekolah (PSS) Bersama Panatia Pendidikan Islam SK Medan Jaya.

Peserta Terbaik Kuiz j-QAF

Kecemerlangan Adik Qistyeena Muslih telah meletakkan pasukannya Rumah Biru muncul sebagai Johan Berkumpulan. Tempat kedua diungguli Rumah Merah diikuti Rumah Hijau di tempat ketiga.
Majlis Penyampaian Hadiah dikelolakan oleh
Guru Bertugas Mingguan merangkap Ketua Guru Disiplin Sekolah.

PENYAMPAIAN HADIAH BERCERITA :

Penyampaian Hadiah Bercerita





PSS BERSAMA BM

PSS Bersama Panatia Bahasa Melayu dilancar secara rasmi
oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd.

Medan Jaya, Marang (10 Mac 2013) : Pusat Sumber Sekolah SK Medan Jaya melancarkan Program PSS Bersama Panatia Bahasa Melayu, hari ini.

Program dijadualkan berlangsung selama seminggu dengan pelbagai aktiviti menarik yang disusun oleh Panatia Bahasa Melayu.

Semua warga sekolah dijemput memeriahkan program tersebut.

Berikut sekitar pelancaran program PSS Bersama BM :



Guru Besar membuat cabutan nombor undian
Mentor-Mentee  Program Sifar Literasi Tegar (SLT) Tahun 1

Penyelaras PSS, Pn. Rosmina Daud

GPK HEM membuat cabutan undi nombor mentor-mentee.


GPK Kokurikulum bertindak sebagai Mentor kepada Murid Terpilih/Mentee.



Tuesday, 5 March 2013

KEPIMPINAN MURID SKMJ 2013

Pengawas Disiplin Sekolah

Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)

"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"
"KOMITMEN ANDA KEBANGGAAN KAMI"



azmin@blogger 2

Sunday, 3 March 2013

PROGRAM PSS BERSAMA PANITIA DILANCAR

Medan Jaya, Marang (3 Mac 2013) : Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Medan Jaya sedang melakasanakan program Minggu PSS Bersama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab sepanjang minggu ini. Turut dijalankan aktiviti ialah Program Membaca Bahasa Inggeris anjuran Panitia Bahasa Inggeris.

Diharap warga sekolah menyertai pelbagai aktiviti yang dijadualkan sempena Minggu PSS tersebut.


Guru Besar merasmikan pelancaran
Program Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Medan Jaya
bersama Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Nyanyian Lagu rasmi NILAM oleh Pengawas PSS SKMJ.

Pelancaran Program Membaca Panitia Bahasa Inggeris SKMJ


Friday, 1 March 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

TAHNIAH KEPADA GURU KITA
ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR 
PBS/PLBS/PAFA
TAHUN 2013

"PBS - KETAHUI PRESTASI ANDA..."






Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...