Saturday, 23 February 2013

Perasmian Blog SK Medan Jaya - skmedanjaya.blogspot.com

SELAMAT DATANG KE :



Medan Jaya, Marang (24 Feb. 2013) : Laman Blog SK Medan Jaya telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Marang, En. El Gamillo Habibun Tan.

Link http://skmedanjaya.blogspot.com telah diklik secara bersama Pn. Hjh. Limah Mohd, Guru Besar SK Medan Jaya pada skrin menandakan bermulanya pelancaran rasmi blog.

Blogger Team mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu perasmi di atas kesudian menawarkan pakej bantu untuk meningkatkan lagi akses penggunaan blog sekolah. Pihak sekolah akan memanfaatkan hubungan baik Blogger Team dan PKG Marang dalam membudayakan teknologi pendidikan di kalangan warga sekolah.

Sekitar Perasmian Blog skmedanjaya.blogspot.com

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KONTINJEN SK MEDAN JAYA DI PERKHEMAHAN PBB DAERAH MARANG


Friday, 22 February 2013

PERKHEMAHAN PBB DAERAH MARANG 2013

Perkhemahan Pasukan Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
di Tapak Perkhemahan SK Gondang, Binjai Rendah.

MARANG (23 Feb. 2013) : SK Medan Jaya telah menyertai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (PBB) Daerah Marang, bermula Khamis lepas dan berakhir hari ini.

Perkhemahan tiga hari tersebut bertempat di SK Gondang, Binjai Rendah (Puteri Islam dan Pengakap) dan di SK Batangan (Tunas Kadet Remaja Sekolah) Seberang Marang.

Blogger Team sempat meninjau penyertaan pasukan SK Medan Jaya pada perkhemahan tersebut.


SEKITAR PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM 
DI SK GONDANG, BINJAI RENDAH.
Peserta Lelaki SK Medan Jaya dengan khemahnya.

Bergambar kenangan bersama salah seorang guru SK Medan Jaya
yang bertugas sebagai Fasilitator Perkhemahan.


Sesi memanaskan badan sebelum 'jungle tracking'


Khemah peserta SK Medan Jaya

Lokasi Tapak Perkhemahan di SK Gondang.

SEKITAR PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKSR)
DI SK BATANGAN, SEBERANG MARANG.



Tuan Rumah Perkhemahan PBB TKRS Daerah Marang

Peserta TKRS SK Medan Jaya (dua dari kiri) bersiap-sedia
untuk menyertai aktiviti sempena perkhemahan.


Peserta diberi bimbingan Kawad

Latihan Kawad TKRS

Lokasi Tapak Perkhemahan di SK Batangan.

Khemah TKRS SK Medan Jaya

Sukaneka Perkhemahan

Solat Jumaat di Masjid Kg. Batangan.




Wednesday, 20 February 2013

BOLA TAMPAR DAERAH 2013 : SK MEDAN JAYA TERBAIK KE-3

TERBAIK KE-3 DAERAH MARANG
Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun.


MEDAN JAYA, MARANG (21 Feb. 2013) : SK Medan Jaya muncul pemenang Tempat Ke-3 Daerah selepas berjaya mara ke Separuh Akhir Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah (Perempuan Bawah 12 Tahun) Daerah Marang yang berlangsung di SK Rusila, semalam.

Tuan Rumah Kejohanan




Tuesday, 19 February 2013

PEMANTAUAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Pemantauan Program Guru Penyayang. 

Medan Jaya, Marang (Rabu, 20 Feb. 2013) : Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sedang menjalankan pemantauan pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah-sekolah negeri ini. SK Medan Jaya pada hari ini dikunjungi pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun yang bertindak sebagai pemantau program berkenaan.


MESYUARAT AGUNG PPIM DAERAH MARANG 2013

Abd. Latif Awang (Pen. Pengarah APMT) ketika perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 PPIM Perhubungan Daerah Marang.

MEDAN JAYA, MARANG (Rabu, 20 Feb. 2013) : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Marang berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15, semalam di Dewan Sakinah, SK Medan Jaya.


Perasmian mesyuarat yang menghimpunkan semua guru penasihat PPIM sekolah-sekolah daerah Marang disempurnakan oleh Y.Bhg. En. Abd. Latif Awang, Penolong  Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Kerajaan Negeri Terengganu.

Sunday, 17 February 2013

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT DI SK MEDAN JAYA KINI BERMULA...


"UTAMAKAN KEBERSIHAN"
PPKP Azhani Abidin dari PKD Marang menerangkan
Langkah-langkah Membasuh Tangan Yang Betul.


Medan Jaya, Marang (16 Feb.2013) : JK Induk Program Promosi Kesihatan, SK Medan Jaya telah menganjurkan Kempen Cara Hidup Sihat peringkat sekolah.

Program dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang bertujuan mempromosi gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah. Antaranya amalan pemakanan yang bersih dan sihat.

BERSAMA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Barisan murid pemenang kuiz promosi kesihatan bergambar kenangan
bersama Pegawai PKD Marang, Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan.




Penyelaras Program, Pn. Zatil Armah Mustapha
mempengerusikan majlis.

Murid Tahun 6 berjaya menjawab soalan kuiz dan diberi hadiah khas
daripada penceramah PKD Marang.

Guru Besar, Pn.Hjh. Limah Mohd (kanan) turut mengikuti ceramah
promosi kesihatan.

Ceramah promosi kesihatan.

Antara murid Tahun 6 membuat catatan nota isi ceramah.

Murid Perempuan Tahun 6, Syazwana Wan Suzaini
mengambil bahagian dalam kuiz spontan promosi kesihatan.

Guru-guru sekolah memberi perhatian ketika ceramah disampaikan.

"beri tumpuan"
Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian murid.

TAHNIAH KERANA BERANI MENCUBA...
Murid Tahap 1 ingin cuba menjawab soalan kuiz.

Bahan edaran promosi kesihatan.

Guru bertugas di kaunter promosi kesihatan.

1MALAYSIA BERSIH DAN SIHAT
Warga sekolah memberi perhatian kepada ceramah promosi kesihatan.

"TERIMA KASIH" 
Penyampaian Cenderahati kepada Pegawai PKD Marang
oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd.



"KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"
"BERSIH ITU INDAH"


arms/berita...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...