Thursday 7 February 2013

NILAM 2013 : Gerakan Membaca dilancarkan

Guru Besar membuat penyerahan buku khas kepada wakil murid
sempena pelancaran program bulanan membaca NILAM Februari 2013.

Medan Jaya, Marang (Khamis, 7 Februari 2013) : Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Medan Jaya menerusi Program Nilai Murni Amalan Membaca (NILAM) telah melancarkan Gerakan Membaca Bulanan di dataran perhimpunan, pagi tadi.



Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd. Semua warga sekolah termasuk guru dan murid menjayakan program tersebut.

Berikut adalah rentetan perjalanan program yang sempat dirakam oleh lensa Blogger Team SKMJ :

AJK Program NILAM Sekolah sedang memberi taklimat
perjalanan program Gerakan Membaca Bulanan PSS.













Program NILAM adalah suatu usaha KPM untuk menyuburkan tabiat membaca di kalangan warga sekolah dalam meningkat pengetahuan asas dan perkembangan semasa.




Unit Pembestarian dan Multimedia (Blogger Team) mengucapkan tahniah dan syabas kepada JK PSS SK Medan Jaya.

arms/berita...


No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...