Monday 25 February 2013

KELESTARIAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

MARANG (25 Feb. 2013) :


" Pendidikan bukan sekadar pengajaran dan pembelajaran tetapi cabaran lebih besar kepada pimpinan sekolah dan guru ialah membina kemahiran berfikir, membina kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran soft skill kepada murid-murid "


Demikian antara inti pati ucap utama Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Taklimat dan Bengkel Kelestarian Sekolah Berprestasi Tinggi Terengganu pagi ini.


Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan melibatkan 149 orang pengurus sekolah rendah dan 17 orang pengurus sekolah menengah dari Sekolah Band 2. Turut hadir ialah wakil-wakil Sektor di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Antara lain tujuan taklimat dan bengkel ini ialah;-

  • memberi pendedahan kepada pengurus sekolah Band 2 tentang kedudukan mereka dan hala tuju seterusnya
  • memberi pendedahan tentang konsep dan ciri sekolah SBT
  • memandu pengurus sekolah Band 2 ke arah SBT melalui kekuatan sedia ada dan plan strategik yang perlu dibina
  • menyedarkan pengurus sekolah Band 2 tentang potensi yang ada untuk meraih anugerah  SBT


Untuk lebih lanjut, sila klik Link berikut :

Unit Sekolah Rendah JPNT/Kelestarian Sekolah Berprestasi Tinggi


arms/...



No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...