Sunday 21 August 2016

Seminar UPSR untuk murid target 6A 

Seminar UPSR untuk murid target 6A peringkat Daerah Marang dengan kerjasama Bank Rakyat dan Akhbar Didik Berita Harian berlangsung pada hari sabtu 19 Ogos 2016 di Institut Latihan Perindustrian Bukit Parit Marang bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Seramai 8 orang murid SKMJ terlibat. Terima kasih Bank Rakyat. Terima kasih Berita Harian. Semoga diberkati Allah dan bermanfaat untuk semua peserta......







“Hari keluarga dan Sukan Ria "

“Hari keluarga dan sukan ria " Prasekolah SKMJ berlangsung pada hari Sabtu 19 Ogos 2016.... Pelibatan Ibubapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tahniah cikgu...













Saturday 6 August 2016

PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA MURID UPSR 2016

Ahad:7 Ogos 2016: semua calon UPSR 2016 yang menunjukkan peningkatan di dalam OTI3 dan OTI4 diraikan pada pagi ini. Majlis diadakan seusai perhimpunan rasmi sekolah. Semoga dengan penyampaian insentif ini dapat memberikan rangsangan untuk semua calon untuk terus cemerlang di dalam UPSR 2016 nanti

Semoga UPSR 2016 mencipta sejarah cemerlang.



1 Hasrat 1 Matlamat 6A Impianku


JK Projek Kecemerlangan UPSR SK Medan Jaya telah berjaya melangsungkan Kem Kecemerlangan Akademik “1 Hasrat 1 Matlamat 6A Impianku” 2016 pada 4 hingga 5 Ogos 2016

Kem dijalankan Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dengan mengadakan tutorial semua kertas peperiksaan UPSR. Ia disampaikan oleh guru-guru UPSR SK Medan Jaya dan Fasilitator yang di lantik.

Semoga UPSR 2016 mencipta sejarah cemerlang.















Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...