Friday 31 October 2014

"BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM DI SEKOLAH" - GB Pn Khalijah Omar

GB Khalijah Omar sedang menyampaikan ucapan sulung
dalam Perhimpunan Harian sekolah SK Medan Jaya.

Medan Jaya, Marang : Warga sekolah dituntut membudayakan senyum dan salam serta salawat ketika bersalam. Ini kerana keberkatan dalam ibadah bersalaman berupaya membentuk jatidiri muslim yang sempurna. Gesaan itu dibuat ketika Guru Besar Pn Khalijah Omar menyampaikan ucapan sulung dalam Perhimpunan Harian Sekolah SK Medan Jaya.

Pn Khalijah Omar dilantik Guru Besar di sekolah ini mulai Oktober 2014 menggantikan Pn Hjh Limah Mohd yang bersara wajib September lepas.







Seyum pengukir keindahan diri...
Senyum sokmo Abang Id dan Cg Sam ni...


arms/...

TAKLIMAT GURU - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan & Graduasi SK Medan Jaya 2014

GB Pn Khalijah Omar mempengerusikan Taklimat Khas Guru

Medan Jaya, Marang : JK Upacara Sekolah telah mengadakan satu taklimat khas kepada guru berkenaan pelaksanaan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi SK Medan Jaya Tahun 2014. Majlis anugerah tersebut akan dilaksanakan pada 15 November depan di Dewan Sakinah SK Medan Jaya. GB baharu SK Medan Jaya, Pn Khalijah Omar mempengerusikan taklimat tersebut.




arms/...

Tuesday 14 October 2014

KOKURIKULUM 2014 : KARNIVAL SUKANEKA SK MEDAN JAYA KALI KE-7

Medan Jaya, Marang (14 Oktober 2014) : Unit Sukan SK Medan Jaya telah menjayakan Karnival Sukaneka Kali Ke-7, di sini.

Pelbagai acara dipertandingkan antaranya perbarisan rumah sukan terbaik, gelek rim, lari berpasangan dan lain lagi.

Blogger SKMJ meninjau perjalanan karnival tersebut :











SELAMAT DATANG PN KHALIJAH OMAR - GURU BESAR BAHARU SK MEDAN JAYA (OKTOBER 2014)



Pn Khalijah  binti Omar
Guru Besar SK Medan Jaya, Marang, Terengganu
(mulai Oktober 2014)

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG34 
(Time Based Laluan Khas Kenaikan Pangkat - Guru Besar)

Lulusan NPQEL 
(National Professional Qualification of Educational Leadership) Siri 1/2013 dari Institut Aminuddin Baki KPM 

Beliau dipilih sebagai Penghuluwati Agung ketika mengikuti kursus 
Sr 1/2013  NPQEL IAB KPM.

Bekas GPK 1 Pentadbiran dan Akademik di SK Sentul Patah, Marang.

Tinggal di Taman Kalungan Mas, Medan Jaya, Marang.

SYABAS ATAS LANTIKAN 
PUAN SEBAGAI GURU BESAR SK MEDAN JAYA






Wednesday 1 October 2014

PROGRAM 1MURID 1SUKAN : Kem Sukan SK Medan Jaya 2014

Medan Jaya, Marang (2 Oktober 2014) : JK Kokurikulum menerusi Program 1Murid 1Sukan menganjurkan Kem Sukan, hari ini.

Sebanyak 4 bengkel sukan/permainan dibuka kepada murid sempena kem tersebut iaitu bola jaring, bola tampar, bola sepak dan catur.

Berikut rakaman lensa blogger sempena kem :


7.45 pagi : Senamrobik


8.00 pagi : Bengkel Sukan/Permainan


10.30 pagi : Persediaan kemahiran sebelum pertandingan



11.00 pagi : Pengurusan Pertandingan Sukan/Permainan

Pasukan Bola Jaring

arms/berita....


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...