Monday 29 April 2013

SELAMAT DATANG Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KE TERENGGANU

 


MAJLIS PERASMIAN 
SMK SERI PAYONG, 
BUKIT PAYONG, MARANG, 
TERENGGANU DARUL IMAN

OLEH :



  

YANG AMAT BERHORMAT
TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN 
BIN HAJI MOHD YASSIN

Timbalan Perdana Menteri/
Menteri Pelajaran Malaysia

--------------------------------------------------

Khamis | 2 Mei 2013
4.oo petang
Padang Bola SMK Seri Payong
Bukit Payong, Marang


Semua Pengetua/Guru Besar
Guru-guru/Anggota Kumpulan Pelaksana
Pegawai Teknologi Maklumat Makmal
Pekerja Swasta
SMK/SMKA/SMA
Daerah Marang

Diwajibkan Hadir.

Sorotan Majlis Perasmian SMK Seri Payong, Marang :



Ucapan perasmian YAB Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pelajaran
Ucapan aluan YAB Menteri Besar Terengganu










Friday 26 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS KE PSS CEMERLANG SK PADANG MELANGIT, BESERI, PERLIS


GB SK Medan Jaya dan rombongan guru sekolah
meninjau pengoperasian Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang
SK Padang Melangit, Perlis.

GB SK Medan Jaya bergambar kenangan bersama
 GB SK Padang Melangit, Perlis.

Beseri, Perlis (26 April 2013) : JK Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Medan Jaya dan ahli rombongan sekolah telah berjaya mengadakan Lawatan Penanda Aras ke PSS Cemerlang SK Padang Melangit, Beseri, Perlis Indera Kayangan.

Lawatan diketuai oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd dan guru-guru sekolah disambut oleh Pengurusan SK Padang Melangit dan warga sekolah berkenaan.

Rombongan dijemput meninjau pengoperasian PSS dan bilik-bilik khas di bawah seliaan pusat berkenaan. 

PSS Cemerlang SK Padang Melangit telah dicalonkan ke peringkat kebangsaan dalam waktu terdekat ini dalam pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan KPM.

Bergambar Kenangan sempena
Lawatan Penanda Aras ke PSS SKPM

Melawat Kompleks Padang Besar
Sempadan Malaysia-Thailand


Thursday 25 April 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU PELATIH IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU


SK Medan Jaya:  Pada hari ini telah diadakan satu majlis perpisahan Guru-guru Pelatih dari IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Guru-guru yang dimaksudkan ialah Sharifah Farhana bt Syed Mahizan, Faizah bt Khalid, Wajihah bt Abdul Nassir dan Siti Khadijah bt Mat Esa yang telah menjalani praktikum di SK Medan Jaya bermula dari 31 Mac hingga 25 April 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sakinah, SK Medan Jaya. 

Pengacara Majlis Cikgu Izzat bin Mohd Nor
Majlis dimulakan dengan aluan Pengacara Majlis, En. Izzat bin Mohd Nor seterusnya diikuti oleh ucapan Pn Guru Besar, Pn Hjh Limah bt Mohd. Dalam ucapannya, beliau memberikan perangsang dan dorongan agar Guru-guru Pelatih tersebut terus tekun berusaha dan beliau mendoakan agar Guru-guru Pelatih ini terus berjaya dalam mengejar cita-cita mereka.

Ucapan Pn Hjh Limah bt Mohd (Guru Besar Cemerlang SKMJ)


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru-guru Pelatih.


Sharifah Farhana bt Syed Mahizan
Faizah bt Khalid

Wajihah bt Abdul Nassir

Siti Khadijah bt Mat Esa
Warga SKMJ mengucapkan Terima Kasih kepada Guru-guru Pelatih ini dan harapan kami agar segala pengalaman yang telah dikutip selama berada disini akan menjadi kenangan serta pemangkin dalam mengejar cita-cita menjadi guru yang berdedikasi dan dihormati.

Warna-Warni Majlis Perpisahan Guru-Guru Pelatih IPG KDRI. 

Warga SKMJ sama-sama memeriahkan majlis

Murid-murid tekun mendengar ucapan
Murid-murid SKMJ




Puan Guru Besar menerima Cenderahati daripada Wakil Guru Pelatih
Seterusnya Majlis diteruskan dengan Penyampaian 
Cenderamata kepada Guru-Guru Pelatih

 Kemuncak acara ialah sessi bersalaman dengan Murid-murid SK Medan Jaya.





 Semoga Berjumpa Lagi!

 Sessi Bergambar bersama Pengurusan SK Medan Jaya


ENGLISH LANGUAGE WEEK IN COLLABORATION WITH SK MEDAN JAYA RESOURCE CENTRE


SK MEDAN JAYA: This morning, the prize presentation ceremony was held for the students of SK Medan Jaya who has won the competition in English Language Week in Collaboration with SK Medan Jaya Resource Centre. The English Language Week was held from 14th-18th April 2013. Many competitions has been done such as Language Quiz, Language Games, Spell it Right, Smart English, Story Telling and Nursery Rhythm. 
The prizes were presented by Mrs. Rugayah bt Abu Bakar, GPK HEM of SK Medan Jaya. Congratulations to all the winners!





Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...