Thursday 31 October 2013

CERAMAH KHAS AWAL REMAJA, KESIHATAN DIRI & ROHANI

Ceramah Khas Awal Remaja oleh Dr. Fadzlan


Marang (31 Oktober 2013) : SK Medan Jaya melangsungkan Ceramah Khas Awal Remaja di kalangan murid Tahun 4, 5 dan 6 hari ini, bertempat di Bilik Tayang PSS.

Ceramah disampaikan oleh Dr. Fadzlan Zamalin Zainal Ashirin dari Unit Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang,











"MEMBACA JAMBATAN ILMU"

Persembahan murid membaca sempena
pelancaran Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah.
Marang (29 Okt. 2013) : SK Medan Jaya telah melancarkan Kem Membaca 1Malaysia peringkat sekolah, di sini hari ini. Tema sambutan kali ini "Membaca Jambatan Ilmu".

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena pelancaran kem berkenaan. Antaranya pertandingan mewarna dan melukis poster bertemakan "Membaca Jambatan Ilmu".


MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
(Selasa - 29 Oktober 2013)

Cg. Said Abd Manaf bertindak mempengerusikan
majlis pelancaran kem
Ucapan perasmian pelancaran kem
oleh GPK Pentadbiran dan Akademik
Warga SK Medan Jaya mengikuti majlis pelancaran







PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER
 KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
(Rabu - 30 Oktober 2013)

Pertandingan Melukis Poster Kem Membaca
(Murid Tahap 2)
Pertandingan Mewarna Poster Kem Membaca
(Murid Tahap 1)
Pertandingan Mewarna Poster Kem Membaca
Pertandingan Melukis Poster Kem Membaca
Murid Tahap 1 (Tahun 3 Amanah) mengambil bahagian
dalam pertandingan mewarna poster.

Penyertaan murid prasekolah

Penyertaan murid Tahun 4 Amanah


KEMBARA MAKLUMAT
KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
(Khamis - 31 Oktober 2013)















Semoga kem ini memupuk minat membaca di kalangan warga sekolah.

"BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"

"MEMBACA MENJANA PENGETAHUAN"

"MEMBACA KUNCI KEJAYAAN"
القراءة مفتاح النجاح

arms/berita...


Wednesday 30 October 2013

Tiga Jemaah Haji Maut Kemalangan Di LPT


Tiga Jemaah Haji Maut Kemalangan Di LPT

KUANTAN: Tiga jemaah haji maut manakala tiga parah termasuk pemandu, selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Km210.2 Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini, awal pagi Rabu.
Mangsa yang terbunuh ialah penumpang hadapan, Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak dan dua penumpang belakang, Zainab Awang Hassan, 59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali dekat Jalan Gambang di sini.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dua lagi penumpang dan pemandu van itu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
"Nahas jam 3.40 itu berlaku semasa van yang membawa lima jemaah haji terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)menuju ke Kuantan.
"Dipercayai di tempat kejadian, van itu telah merempuh bahagian belakang lori muatan bijih besi terbabit yang berada di lorong kiri jalan.
"Ekoran itu, ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," kata Zainalabidin kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat dan keluarga semua mangsa kemalangan telah dimaklumkan. - BERNAMA

Tuesday 29 October 2013

PASCA UPSR 2013 : KEM IBADAH TAHUN 6

Pasca UPSR 2013 :
Kem Ibadah Tahun 6 diadakan untuk memberi pengetahuan
dan kemahiran asas Fardu Ain.

Marang : JK  Pelaksanaan Program Pasca UPSR 2013 dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam SK Medan Jaya telah berjaya melaksanakan Kem Ibadah di kalangan murid Tahun 6 Amanah, bermula semalam.

Program bermula dengan slot Konsep Bersuci (Junub), Perkara membatalkan wuduk/solat dan Konsep Solat Berjemaah berlangsung di Bilik Tayangan PSS SK Medan Jaya.

Peserta Kem Ibadah mengikuti tayangan video khas
mengenai Konsep Bersuci.

Penerangan Konsep Bersuci (Mandi Hadas)





arms/berita...

Monday 28 October 2013

KEMALANGAN MAUT DI JALAN JABOR-DUNGUN - Satu catatan penulis

Dungun (27 Oktober 2013) : Penulis bercuti pada hari ini (27 Okt.2013) kerana menghadiri majlis konvokesyen di UKM Bangi, Selangor.

Selepas zuhur, penulis dan anggota keluarga mula bertolak pulang ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (Karak-Kuantan) dan Jalan Jabor-Jerangau.

Setibanya di Cheneh, penulis berhenti di Cheneh Recreation dan Resort (CRR) untuk minum dan menanti saat masuknya waktu Maghrib.

Ketika menikmati minuman di CRR, serombongan pegawai dan kakitangan yang menaiki pacuan 4 roda kenderaan JKR Projek LPT Fasa 2 berhenti di CRR untuk menunaikan solat Maghrib di surau.

Sesudah menyempurnakan solat maghrib, penulis dan rombongan berkenaan beredar dari CRR meneruskan perjalanan pulang menuju ke Bukit Besi/LPT Fasa 2 (jajaran B.Besi-Ajil). Trafik jalan raya agak perlahan kerana lori treler yang sarat dengan muatan bergerak perlahan di hadapan perjalanan penulis.

Setibanya di KM 106 Jerangau-Jabor, kelihatan sebuah lori rosak di atas jalan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Salah sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik JKR itu tadi telah terlanggar belakang lori berkenaan.

Kemalangan ini menyebabkan halangan kepada lalu lintas seketika.  Orang ramai termasuk anggota rombongan jabatan tersebut yang berada di tempat kejadian membantu mengawal keadaan yang mencemaskan itu. Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba AMBS turut bergegas ke tempat kejadian.

al-Fatihah untuk Allahyarham.






DUNGUN (27 Okt. 2013) : Pengurus Besar Kanan Pembinaan JKR LPT Fasa II maut dalam kemalangan antara tiga buah kenderaan di KM 106, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun jam 8 malam tadi.
Mangsa, Rusli bin Embuk,55, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain sementara pemandu kenderaan itu, Zuki bin Ngah,43, hanya mengalami cedera ringan.
Pacuan empat roda yang dinaiki oleh Rusli dan Zuki dikatakan telah merempuh bahagian belakang treler yang rosak yang di tepi jalan menghala ke Kuala Terengganu. Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing lalu bergesel dengan sebuah kereta Honda City yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Thursday 24 October 2013

JASAMU DIKENANG...TERIMA KASIH USZH. SOLIHAH KAMARUDDIN

Menerima penghargaan cenderahati terima kasih daripada
Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KGKT) SK Medan Jaya
Marang (24 Okt. 2013) : Hari ini SK Medan Jaya disulami suasana pilu dan hiba atas tamatnya perkhidmatan Guru Ganti (Bahasa Arab), Uszh. Solihah Kamaruddin di sekolah ini.


Cg Mohd Sabri Yaakob mempengerusikan majlis

Murid-murid menghayati ucapan majlis perpisahan.

Uszh. Solihah menyampaikan ucapan perpisahan

Ucapan wakil Guru Besar oleh GPK1 Ahmad Bustaman Rais


Menerima penghargaan terima kasih daripada
Setiausaha KGKT SK Medan Jaya

Bergambar kenangan selepas berakhirnya majlis.
Teruskan perjuangan menuntut ilmu...pesanan Uszh. solihah



Beliau memulakan khidmat guru ganti di sini bermula 26 Ogos 2013 hingga hari ini berikutan Uszh. Fauziah Mohd yang cuti bersalin selama 3 bulan.

Berduet dengan Cg. Mohd Sabri ketika menyampaikan
sajak kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan
Malaysia 2013

Kenangan sewaktu membantu kejuaraan
Rumah Hijau dalam sukaneka 2013
Kenangan sewaktu 10,000 langkah berjalan kaki
Sesungguhnya khidmat beliau di sini telah melonjakkan semangat pembelajaran di kalangan murid dalam Bahasa Arab (Sekolah Rendah). Beliau yang juga guru penasihat Rumah Sukan - Rumah Hijau turut membantu kemenangan dan kejuaraan Rumah Hijau dalam Kejohanan Balapan, Padang dan Sukaneka antara rumah sukan Tahun 2013.

Sesi bersalaman perpisahan

"Terima Kasih Ustazah..."

"Ustazah kesayangan kami..."


Uszh. Solihah adalah graduan Ijazah Sarjana Muda lulusan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bapa beliau adalah pesara guru yang pernah berkhidmat di daerah ini.

Akhir kata, bagi pihak Panatia Pendidikan Islam SK Medan Jaya dan JK Program j-QAF SKMJ merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas komitmen yang telah diberi sebelum ini.

Semoga Uszh. Solihah berjaya dengan kehidupan selepas ini dalam bidang yang diceburi.

Terima Kasih Cikgu...




arms/berita...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...