Monday 28 October 2013

KEMALANGAN MAUT DI JALAN JABOR-DUNGUN - Satu catatan penulis

Dungun (27 Oktober 2013) : Penulis bercuti pada hari ini (27 Okt.2013) kerana menghadiri majlis konvokesyen di UKM Bangi, Selangor.

Selepas zuhur, penulis dan anggota keluarga mula bertolak pulang ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (Karak-Kuantan) dan Jalan Jabor-Jerangau.

Setibanya di Cheneh, penulis berhenti di Cheneh Recreation dan Resort (CRR) untuk minum dan menanti saat masuknya waktu Maghrib.

Ketika menikmati minuman di CRR, serombongan pegawai dan kakitangan yang menaiki pacuan 4 roda kenderaan JKR Projek LPT Fasa 2 berhenti di CRR untuk menunaikan solat Maghrib di surau.

Sesudah menyempurnakan solat maghrib, penulis dan rombongan berkenaan beredar dari CRR meneruskan perjalanan pulang menuju ke Bukit Besi/LPT Fasa 2 (jajaran B.Besi-Ajil). Trafik jalan raya agak perlahan kerana lori treler yang sarat dengan muatan bergerak perlahan di hadapan perjalanan penulis.

Setibanya di KM 106 Jerangau-Jabor, kelihatan sebuah lori rosak di atas jalan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Salah sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik JKR itu tadi telah terlanggar belakang lori berkenaan.

Kemalangan ini menyebabkan halangan kepada lalu lintas seketika.  Orang ramai termasuk anggota rombongan jabatan tersebut yang berada di tempat kejadian membantu mengawal keadaan yang mencemaskan itu. Pasukan Penyelamat dari Balai Bomba AMBS turut bergegas ke tempat kejadian.

al-Fatihah untuk Allahyarham.






DUNGUN (27 Okt. 2013) : Pengurus Besar Kanan Pembinaan JKR LPT Fasa II maut dalam kemalangan antara tiga buah kenderaan di KM 106, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun jam 8 malam tadi.
Mangsa, Rusli bin Embuk,55, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain sementara pemandu kenderaan itu, Zuki bin Ngah,43, hanya mengalami cedera ringan.
Pacuan empat roda yang dinaiki oleh Rusli dan Zuki dikatakan telah merempuh bahagian belakang treler yang rosak yang di tepi jalan menghala ke Kuala Terengganu. Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing lalu bergesel dengan sebuah kereta Honda City yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang terkorban dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...