Wednesday 28 August 2013

KEM MINDA UPSR SK MEDAN JAYA 2013

Marang Village
- Lokasi pelaksanaan Kem Minda UPSR 2013


Marang (23 Ogos 2013) : JK Projek Kecemerlangan UPSR SK Medan Jaya telah berjaya melangsungkan Kem Minda UPSR 2013 bermula 23 hingga 25 Ogos lepas.

Kem dijalankan di Marang Village, Jalan Marang-Dungun dengan mengadakan tutorial semua kertas peperiksaan UPSR. Ia disampaikan oleh guru-guru UPSR SK Medan Jaya dan pegawai jemputan daripada PPD Marang.

Semoga UPSR 2013 mencipta sejarah cemerlang.

Mesyuarat persediaan pelaksanaan kem

Bacaan Yaasin dan Sunat Hajat







Ceramah Motivasi


Cenderahati kepada Penceramah Motivasi dari PPD Marang.


Tuesday 27 August 2013

TIADA AEDES TIADA DENGGI

SK Medan Jaya: 28 Ogos 2013: Satu Gotong Royong telah di adakan pada pagi ini di SKMJ. Tujuan di adakan gotong royong tersebut ialah bagi membersihkan kawasan sekolah demi mengelakkan berlakunya pembiakan nyamuk Aedes. Aktiviti itu diadakan seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi.





Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini.

Monday 19 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK MEDAN JAYA

SK Medan Jaya : 19 Ogos 2013: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Medan Jaya di sambut meriah pada hari ini. Majlis yang diadakan di kantin sekolah itu melibatkan semua warga sekolah termasuk  ibubapa/penjaga. Majlis bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari.

Kaunter Pendaftaran ibubapa dan penjaga.

Majlis bermula dengan aluan Pengacara Majlis, Pn Ainon Mardiah bt Israh seterusnya ucapan daripada Pn Rugayah bt Abu Bakar (PK HEM) mewakili guru besar dan ucapan YDP PIBG SK Medan Jaya, YM Engku Hamzah b Engku Jalil.

Pn Ainon Mardiah
Pn Rugayah bt Abu Bakar
YM Engku Hamzah b Engku Jalil
Seusai ucapan daripada YDP, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu acara makan-makan dengan menikmati juadah Nasi putih dan gulai kawah, aneka kuih dan biskut raya. 

ACARA MAKAN-MAKAN









Blogger Team II berselera menikmati hidangan
Sambil menikmati juadah yang disediakan, Majlis diteruskan dengan acara penyampaian duit raya kepada semua murid-murid SK Medan Jaya bermula dari PRA Sekolah, Murid Pendidikan Khas dan Murid Tahun 1 - 6. Acara ini disempurnakan oleh YDP PIBG, YM Engku Hamzah bin Engku Jalil.






Kemeriahan Syawal terasa dengan Majlis Sambutan Hari Raya ini. Semua Guru, Kakitangan, Guru-guru KAFA, Murid-murid serta jemputan Ibubapa/Penjaga  masing-masing ceria dan gembira. Semoga ikatan diantara warga SK Medan Jaya dan Ibubapa/Penjaga sentiasa kukuh dan erat demi kecemerlangan murid-murid SKMJ bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi di dalam kehidupan masing-masing.

ALBUM GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2013



Wakil PPD Marang turut hadir memeriahkan majlis





 

GALERI GAMBAR HARI RAYA 2013
























SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
 MAAF ZAHIR BATIN 

 BLOGGER TEAM SKMJ

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...