Wednesday 26 February 2014

PERKHEMAHAN PBB DAERAH - PENGAKAP DAN PUTERI ISLAM

SK Jambu Bongkok: 26-27 Februari 2014: SK Medan Jaya telah menghantar wakil seramai 8 orang murid ke Perkhemahan Pergerakan Badan Beruniform Daerah Marang 2014. Pasukan Badan Beruniform yang telah dihantar melibatkan Persekutuan Pengakap dan Persatuan Puteri Islam Malaysia.

Pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini. Program perkhemahan ini telah menyaksikan kehebatan dan kecemerlangan SK Medan Jaya dengan mengungguli Johan Pertandingan Masakan dan Johan Bina Istana Pasir seterusnya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Perkhemahan Badan-badan Beruniform Daerah Marang 2014. Terbaik dan Tahniah.

ALBUM KENANGAN:




PERTANDINGAN MASAKAN



PERTANDINGAN BINA ISTANA PASIR




JOHAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN PBB DAERAH MARANG  2014. TAHNIAH!!


SK MEDAN JAYA TERBAIK!!

Wednesday 19 February 2014

PERBARISAN TERBAIK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2014

SK Medan Jaya: 19 Februari 2014: Bersempena dengan kejayaan menduduki tempat ke-3 Perbarisan Terbaik Kategori Sekolah Rendah Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang 2014, satu Majlis sesi bergambar telah diadakan pada pagi ini. Tahniah kepada Kontinjen SK Medan Jaya diatas kejayaan ini. Insya Allah, Kami mensasarkan tempat pertama pada kejohanan yang akan datang. SKMJ Terbaik!!

Tahniah! Ucapan Hjh Limah  kepada Cik Azlina
Kontinjen Perbarisan SKMJ Bergambar Kenangan
Hamper, Piala Iringan dan Sijil
Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya kesepakatan, toleransi dan tanggungjawab tiada dalam diri kita. Terima Kasih kepada semua guru-guru dan murid kerana komitmen anda semua sangat tinggi pada kejohanan kali ini. Terbaik. Tahun hadapan kita gandakan usaha agar menjadi Nombor satu di Daerah Marang dalam apa jua lapangan. Ini Kalilah..... :-)

Monday 17 February 2014

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG KALI KE- 23

SMK Seberang Marang: 17 Februari 2014: Pada hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang Kali ke 23. SMK Seberang Marang sekali lagi menjadi tuan rumah pada kejohanan berprestij ini. SK Medan Jaya juga tidak ketinggalan memeriahkan kejohanan dengan menghantar peserta mengambil bahagian didalam permainan serta menghantar wakil Kontinjen Perbarisan sempena majlis perasmian ini. 

Perbarisan penuh warna-warni dan gilang gemilang melibatkan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian didalam kejohanan ini. SK Medan Jaya telah mendapat tempat ke -3 Kategori Sekolah Rendah. Kontinjen seramai 20 orang itu diketuai oleh Pengurus Pasukan, Cik Azlina bt Abu Bakar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, YB A Latiff Awang.

Ketibaan VIP, YB A Latif Awang.
Aluan daripada Pen PPD, En.Nawawi bin Rani
Ucapan Perasmian oleh YB A Latif Awang, 
KONTINJEN PERBARISAN SK MEDAN JAYA 












PENYAMPAIAN CENDERAMATA & HADIAH TEMPAT KE-3 PERBARISAN TERBAIK

YB A Latif Awang beramah mesra dengan Ustaz Barul Hisham

Penyampaian Cenderamata Kejohanan

Tahniah!!

Terbaik!!


SEBAHAGIAN  PERSERTA PERBARISAN MSSD MARANG






















WARNA-WARNI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2014

 








TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH TEAM OLAHRAGA DAN BALAPAN SK MEDAN JAYA 2014. SK MEDAN JAYA TERBAIK.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...