Saturday 15 February 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

SK Medan Jaya: 16 Februari 2014: Majlis perasmian Program Nilam telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Limah bt Mohd pada pagi ini. Majlis telah dipengerusikan oleh Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah, Pn Noreha bt Muda. Majlis yang bertemakan " Membaca Budaya Cemerlang" ini diadakan untuk memupuk sikap dan minat membaca dikalangan semua murid SK Medan Jaya. Berikut merupakan rentetan perjalanan majlis:


Pengacara Majlis, Pn Noreha bt Muda (Guru Pusat Sumber)

Ucapan Perasmian oleh Puan Guru Besar
GIMIK PELANCARAN:








Guru Besar Menandatangani Bunting Pelancaran Program Nilam


 PERSEMBAHAN MURID:

Majlis juga diserikan dengan persembahan murid. Antara persembahan yang telah diadakan ialah Bercerita, Berpantun serta Mendeklamasikan Sajak. Teks yang dibacakan oleh murid yang membuat persembahan ialah di dalam tulisan Rumi dan Jawi.






Kemuncak Majlis ialah Penyampaian Kad Ilmu - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Kad ini boleh digunakan di seluruh perpustakaan awam di Negeri Terengganu.






Tahniah kepada Puan Noreha bt Muda - Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah di atas pelancaran Program Nilam SK Medan Jaya 2014 dan Terima Kasih kepada Tuan Guru Besar, Puan Hajjah Limah bt Mohd kerana menyempurnakan Majlis Perasmian. Semoga dengan adanya program ini, akan menanamkan minat semua murid SK Medan Jaya untuk membaca buku.

MEMBACA BUDAYA CEMERLANG

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...