Wednesday 12 February 2014

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA CIKGU DZULHAIMI BIN MUDA


SK Medan Jaya: 13 Februari 2014: Warga SK Medan Jaya ingin merakamkan ucapan sekalung ucapan Tahniah dan Syabas kepada salah seorang guru kami iaitu Cikgu Dzulhaimi bin Muda (Guru Aliran Program Pendidikan Khas Integrasi). Ini berikutan Cikgu Dzuhaimi atau lebih dikenali dengan Cikgu Dzul, telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan PPKI dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab baru beliau di SK Kedai Buluh, Kuala Terengganu.

Cikgu Zul, 33 tahun, mula bertugas di SK Medan Jaya pada 8 September 2011. Sepanjang beliau berkhidmat di SK Medan Jaya, banyak jasa dan sumbangan telah beliau curahkan untuk kecemerlangan sekolah dan juga murid-murid PPKI. Semestinya semua murid akan merindui Cikgu Dzul. 

GALERI KENANGAN





Kami warga SK Medan Jaya sekali lagi merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Dzul dan segala jasa yang telah dicurahkan di dahului dengan ucapan ribuan  Terima Kasih. Kami mendoakan agar beliau terus maju jaya ditempat baru. :-)

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...