Friday 12 April 2013

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA NEGERI 2013 : Penghakiman Bermula...

Pegawai JKNT sedang memberi respon kepada pembentangan
Taklimat Pengoperasian Kelab Doktor Muda SKMJ

Medan Jaya Marang (9 April 2013) : Jemaah Hakim Penilaian Bilik Operasi Kelab Doktor Muda sempena Konvensyen Kelab Doktor Muda Negeri Terengganu 2013, telah bermula hari ini.

Barisan hakim terdiri daripada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Mereka menilai pengoperasian bilik kelab dan mengikuti taklimat kejayaan dan pencapaian kelab yang disampaikan Penyelaras Kelab Doktor Muda SK Medan Jaya, Puan Zatil Armah Mustapa.

Sebelum ini, Kelab Doktor Muda SKMJ dipilih kelab terbaik daerah Marang dan meneruskan cabaran ke peringkat negeri.

Penyelaras Kelab Doktor Muda SK Medan Jaya
Pn. Zatil Armah Mustapa membentang taklimat kepada
para hakim.

Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
sedang membuat catatan pemarkahan.

Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
sedang mencatat butiran taklimat.

Pegawai Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah Marang turut hadir
sebagai pemerhati.

Membuat penilaian Bilik Kelab Doktor Muda SKMJ



Pameran Tips Cara Hidup Sihat

GPK Kokurikulum (kanan) selaku Pengerusi Kelab mengiringi
jemaah hakim ke Bilik Kelab Doktor Muda.

Setiausaha Kelab mengalu-alukan kedatangan jemaah hakim.







arms/...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...