Wednesday 20 February 2013

BOLA TAMPAR DAERAH 2013 : SK MEDAN JAYA TERBAIK KE-3

TERBAIK KE-3 DAERAH MARANG
Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun.


MEDAN JAYA, MARANG (21 Feb. 2013) : SK Medan Jaya muncul pemenang Tempat Ke-3 Daerah selepas berjaya mara ke Separuh Akhir Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah (Perempuan Bawah 12 Tahun) Daerah Marang yang berlangsung di SK Rusila, semalam.

Tuan Rumah Kejohanan






Guru Besar SK Medan Jaya (kanan sekali) turut hadir
memberi sokongan ketika perlawanan separuh akhir.





Ketua Pengarang Blog SKMJ membuat liputan.


Penyampaian hadiah oleh Guru Besar SK Rusila.






Pasukan sekolah tidak berjaya mengatasi cabaran pasukan SK Marang di peringkat Separuh Akhir. SK Marang muncul Johan Daerah selepas mengenepikan SK Merchang dalam final.

Blogger Team SKMJ mengucapkan tahniah dan syabas di atas pencapaian pasukan bola tampar SK Medan Jaya P12. Insya Allah di tahun depan pasukan sekolah boleh berusaha dengan lebih gigih untuk memburu kejuaraan.





Berita sebelum ini :


Pasukan Bola Tampar Perempuan Bawah 12 Tahun
SK Medan Jaya, Marang.


MEDAN JAYA, MARANG (Rabu, 20 Feb.2013) : Pasukan Bola Tampar Perempuan Bawah 12 Tahun SK Medan Jaya berjaya melepasi cabaran di peringkat kumpulan A selepas mengenepikan saingan daripada pasukan bola tampar SK Gong Nangka, SK Gong Balai dan SK Jambu Bongkok.

Pasukan SK Medan Jaya akan meneruskan cabaran di peringkat Suku Akhir yang dijadualkan pada petang ini/Rabu.

Kejohanan berlangsung di SK Rusila, Marang.



Guru pengiring pasukan memberi sokongan ketika perlawanan.

SENGIT ...

FOKUS...

TERBAIK...

"KITA MESTI MENANG.."

"KAMI BERJAYA.."






"SK MEDAN JAYA GEMILANG 2013"

arms/berita...

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...