Thursday 7 February 2013

MAJLIS TAUTAN HATI UPSR 2013




MEDAN JAYA, MARANG (Khamis, 7 Februari 2013) : SK Medan Jaya telah mengadakan Majlis Tautan Hati UPSR 2013, hari ini.


Kehadiran hampir 100 peratus para ibu bapa calon UPSR SK Medan Jaya tahun ini telah memberi semangat baru kepada JK Projek UPSR Sekolah dalam menyusun program ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut.


Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd membentangkan
Analisa TOV Murid Tahun 6  dan
Taqwim Kecemerlangan Calon UPSR 2013

Majlis yang berlangsung pada hari ini telah sebulat suara bersetuju menjayakan aktiviti-altiviti yang dicadangkan oleh JK Projek UPSR Sekolah. Ini termasuklah sokongan moral dan kewangan dalam menggerakkan aktiviti di sekolah dan juga di luar sekolah.


Penyelaras UPSR SK Medan Jaya, Cikgu Mustapha Yusoff (kanan)
membentangkan Pencapaian Mata Pelajaran UPSR Tahun 6 - TOV/ETR.

Bapa murid yang hadir memberi perhatian ketika sesi pembentangan
Analisa TOV/ETR dan Projek KecemerlanganUPSR 2013.

Guru Sains UPSR SK Medan Jaya, Cg. Mohammad Izzat Md Nor sedang
membentang pencapaian calon UPSR 2013 dalam TOV.

Slaid pembentangan di majlis.

Salah seorang ibu kepada murid yang hadir memberi respons kepada
butiran pembentangan.

GPK 1/Pentadbiran, Cg. Ahmad Bustaman Rais
 menyampaikan analisa TOV Kertas Bahasa Melayu.

Guru Besar sedang mencatat hasil maklum balas majlis.

GPK HEM, Cg. Che Haron sedang memberi perhatian kepada butiran
pembentangan di layar slaid.


Guru-guru Tahun 6 turut hadir ke majlis mengikuti perkembangan
prestasi calon UPSR SK Medan Jaya 2013 dalam TOV baru-baru ini.

Majlis tersebut juga berperanan membina hubungan yang kukuh dan kesepakatan padu antara sekolah dan ibu bapa/penjaga. Semua pihak juga berpeluang mengambil peluang untuk menyuarakan pendapat dan idea demi memastikan mencipta kejayaan calon-calon UPSR.

Motivasi Kecemerlangan UPSR 2013 disampaikan oleh
Us. Azarul, Setiausaha Penyelaras Program j-QAF
SK Medan Jaya.

Ia telah melibatkan ibu bapa/penjaga kepada murid-murid, calon-calon UPSR dan guru kelas serta guru-guru Tahun 6. Satu motivasi ke arah menggerakkan kecemerlangan UPSR turut diadakan ke arah memberi kesedaran akan peluang yang ada untuk lepasan sekolah rendah ke sekolah-sekolah terbaik di peringkat menengah seperti Sekolah Imtiaz dan sebagainya.



"SK MEDAN JAYA GEMILANG 2013"

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"



arms/berita...







No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...