Monday 25 February 2013

HUJAN BERTERUSAN SEPANJANG HARI MELANDA TERENGGANU

BUKIT PAYONG, MARANG (25 Feb. 2013) : Keadaan hujan yang berterusan sepanjang hari ini menyaksikan beberapa jalan raya utama di daerah ini dinaiki air.

Jalan Kuala Berang dari Bukit Payong-Batu 10, Binjai Rendah dinaiki air. Hal ini memaksa semua pengguna kenderaan ringan menggunakan laluan lencongan yang dikawal oleh pihak berkuasa ketika memantau kejadian banjir kilat.

Laluan Bukit Kor, Marang ke Kg. Undang turut dinaiki air. Walau bagaimanapun pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika meredah di kawasan terlibat.

Terengganu masih lagi berada dalam musim tengkujuh/monsun timur laut dan ia dijangka berakhir pada penghujung Mac depan apabila masuknya monsun barat daya.

Untuk perkembangan cuaca, sila layari Laman Jabatan Meteorologi Malaysia di link ini :
http://www.met.gov.my/index.php?lang=malay


"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"
"ELAKKAN TRAGEDI KETIKA MEMANDU"


No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...