Sunday 5 January 2014

"MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG"

Medan Jaya, Marang (5 Januari 2014) : Semua warga di SK Medan Jaya diminta menjayakan misi dan visi sekolah dalam usaha menjayakan Pelestarian Pendidikan Terbilang.


Guru Besar, Pn. Hjh. Limah Mohd berkata demikian ketika menyampaikan ucapan rasmi Perhimpunan Mingguan Sekolah, di sini hari ini. Beliau menegaskan bahawa betapa peri pentingnya kejayaan pendidikan terbilang dalam memupuk perpaduan dan semangat kekitaan ke arah kesejahteraan negara Malaysia. 


Dalam ucapan beliau juga meminta semua murid membuat persediaan rapi termasuk rohani dan jasmani sebelum memulakan pembelajaran. Pengambilan sarapan pagi membantu persediaan jasmani untuk belajar dengan lebih berkesan kerana tubuh badan dikuatkan dengan tenaga pemakanan.








Selamat belajar.


Blogger 2

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...