Sunday 5 January 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM SKMJ 2014 BERMULA

Taklimat dasar perjalanan kokurikulum 2014
oleh GPK Kokurikulum

Medan Jaya, Marang (6 Januari 2013) : SK Medan Jaya membuat persiapan awal dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum sesi persekolahan 2014. Satu taklimat khas diadakan kepada semua murid tahun 3 hingga 6 di Dewan Sakinah, di sini hari ini.

Taklimat disampaikan oleh penyelaras pasukan badan beruniform masing-masing. Terdahulu GPK Kokurikulum, Wan Zuraida Wan Ali mengumumkan dasar perjalanan kokurikulum untuk tahun ini, iaitu :

1) Aktiviti kokurikulum (Pasukan Badan Berunifrom/Kelab dan Persatuan) bergilir secara mingguan dan bermula jam 2.15 hingga 4.15 petang.

2) Aktiviti 1Murid 1Sukan bermula jam 4.15 hingga 5.15 petang.

3) semua murid tidak dibenarkan pulang/keluar dari kawasan sekolah sehingga tamat aktiviti kokurikulum pada jam 5.15 petang. Makanan untuk makan tengah hari boleh dibeli di kantin sekolah. Ibu bapa juga boleh membekalkan bekalan makanan / wang saku  untuk anak masing-masing.

Ucapan penasihat JK Kokurikulum Sekolah
Pn. Hjh. Limah Mohd (Guru Besar Cemerlang)

Taklimat Penyelaras Puteri Islam

Taklimat Penyelaras Tunas Kadet Remaja Sekolah

Taklimat Penyelaras Pengakap Kanak-kanak


Kerjasama daripada ibu bapa / penjaga amat diperlukan dalam melancarkan perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.


Blogger 2

No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...