Saturday 20 February 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

PERINGKAT SK MEDAN JAYA

17 Februari 2016 (Rabu) -  Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid dan program galakkan membaca yang dilaksanakan di SK Medan Jaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan beliau menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2016.

              Sepanjang majlis tersebut turut di adakan jualan buku yang turut di hadiri oleh penulis novel terkenal iaitu Pn Ain Maisarah. Beliau banyak membeli galakkan kepada murid murid untuk cuba menceburkan diri didalam penulisan novel.  ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

              Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.












No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...