Friday 19 July 2013

MOTIVASI CALON UPSR 2013

SK Medan Jaya (18 Julai 2013) - Pada pagi ini telah diadakan Sesi Motivasi Calon-calon UPSR SK Medan Jaya. Motivasi ini telah disampaikan oleh Encik Sukni Hisyam bin Omar - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang (PPD), Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Marang.

Program bermula seawal jam 10.45 pagi itu berakhir pada 12.30 tengah hari. Ceramah Motivasi ini diadakan bagi memberi semangat, dorongan dan sokongan kepada semua calon UPSR SK Medan Jaya dalam menghadapi Peperiksaan UPSR nanti. Semoga amanat, nasihat dan panduan yang telah di berikan oleh Encik Sukni Hisyam ini akan menjadi penguat semangat kepada semua pelajar dalam memberikan yang terbaik di dalam peperiksaan nanti, Insya Allah. SKMJ BOLEH!!

Encik Mustapha bin Yusof sebagai Perantara Majlis
Aluan daripada Puan Guru Besar Cemerlang, Pn Hjh Limah bt Mohd
Encik Sukni Hisyam bin Omar sebagai Motivator
Calon UPSR SKMJ tekun mendengar ceramah motivasi
Pihak sekolah mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Encik Sukni Hisyam bin Omar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang, Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta di atas kesudian beliau datang ke SK Medan Jaya seterusnya menyampaikan ceramah motivasi kepada semua Calon UPSR 2013.

 BT1


No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...