Wednesday 26 June 2013

PASUKAN BOMBA DI SK MEDAN JAYA?


BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SK Medan Jaya, Marang: Pada Hari ini, SK Medan Jaya telah berjaya mengadakan PROGRAM BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua Warga SK Medan Jaya berkaitan langkah-langkah persediaan semasa berlakunya kebakaran. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan deringan loceng kecemasan sambil murid-murid dan warga SKMJ bergegas dan berkumpul di Tapak Kecemasan.


Tepat jam 8.39 pagi, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marang yang di Ketuai Oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Kutty bin Mohamad tiba ke SK Medan Jaya dan seterusnya beliau menyampaikan Ceramah Kebakaran kepada Murid-murid.

Majlis di Pengerusikan Oleh Cikgu Izzat b Mohd Noor
Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Kutty bin Mohamad

 DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN


Semua Guru dan Murid SK Medan Jaya seronok dan berminat dengan Aktiviti Demonstrasi Kebakaran ini. Semoga aktiviti yang telah dijalankan ini memberi manfaat serta menambah pengetahuan dan pengalaman kepada semua.

SEKILAS AKTIVITI BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Pn Guru Besar diberi penerangan oleh Pegawai Bomba
En Rosli bin Mamat GPK KOKO
Bergambar Kenangan... Jumpa Lagi...


Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Kutty bin Mohamad dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Marang, Terengganu. Insya Allah, berjumpa lagi dilain masa... :)

BT1


No comments:

Post a Comment

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...