Friday 6 November 2015

SAMBUTAN HARI GURU SK MEDAN JAYA 2015

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat SK Medan Jaya telah disambut dengan jayanya. Sambutan ini telah diadakan pada 18 Mei 2015 (Isnin). Sambutan ini cukup meriah, keceriaan jelas terpancar di wajah guru-guru dan murid-murid.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Sakinah, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Doa memohon keberkatan majlis dibaca oleh Ustaz Fadhlan b. Yayao. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang mewakili semua murid SK Medan Jaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana tidak jemu-jemu mendidik mereka. Semua murid melaungkan slogan "Saya Sayang Cikgu Saya".

Seterusnya, barisan pentadbir membaca perutusan-perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Pendidikan Terengganu. Sebelum majlis di dewan berakhir, semua guru tampil ke pentas untuk melafazkan Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia. 

Acara padang dimulakan dengan acara sambut belon berisi air, acara boling buah kelapa. Selesai acara padang, acara dewan bermula, semua hadirin terhibur dengan persembahan murid-murid dan guru-guru. Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah menyumbangkan satu lagu. Acara dewan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua guru dan staf. Guru-guru dari rumah biru telah muncul sebagai johan keseluruhan diikuti rumah hijau dan rumah merah dalam acara padang. Majlis bersurai dengan sedikit jamuan.












Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...