Saturday 28 March 2015

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) SEKOLAH SEKOLAH PERINGKAT ZON 4 2015


SK Jenang: 24 Mac 2015: Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah peringkat Zon 4 2015 telah diadakan disini. Pasukan SK Medan Jaya telah menghantar peserta mereka di dalam pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Bercerita Kisah-kisah dari Al-Quran.

Kejayaan wakil sekolah kita tidak mengecewakan apabila mendapat Johan dalam Hafazan (P), Naib Johan Pertandingan Bercerita Kisah dari Al-Quran (P), Tempat ke Tiga Pertandingan Bercerita (L) dan  Tempat ke Tiga Tilawah Al-Quran (L). Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Medan Jaya, Pn Khalijah bt Omar.

Muhammad Amin Hilmi - Ke 3 Tilawah (L)

Aliya Basyirah - Johan Hafazan (P)

Ahmad Muaz - Ke 3 Bercerita Kisah Al-Quran  (L)

Roghidatul 'Izzah - Naib Johan  Bercerita Kisah Al-Quran  (P)

Mohd Irsyaduddin dan Husna Aqilah turut serta didalam Karnival MTQ kali ini

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS MTQ PADA KALI INI....JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZA'....

Bergambar kenangan seusai majlis

 BT 1

Sunday 22 March 2015

SENAMROBIK BULANAN (MAC) 2015

23 Mac 2015: Hari ini telah diadakan senamrobik untuk kesihatan dan kecerdasan. Program yang diadakan sehari pada setiap bulan ini melibatkan semua guru dan murid SK Medan Jaya.


Otak yang cerdas adalah berpunca daripada badan yang sihat, justeru langkah yang diadakan oleh pihak sekolah ini adalah amat wajar dan pastinya dapat menghilangkan stress dan tekanan untuk guru dan murid.


Senamrobik dalaman bagi sekolah ini juga tidak melibatkan pihak luar, malah instruktor senamrobik ini terdiri daripada guru SKMJ juga.




Badan Sihat, Otak Cerdas...jumpa lagi pada bulan hadapan......... :)


Monday 9 March 2015

TAHNIAH!! KAMI JOHAN PERBARISAN TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH

9-12 Mac: Isnin - Khamis: KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2015 KALI KE 24 - SMK SEBERANG MARANG/SK BUKIT GASING

SK Medan Jaya telah dinobatkan sebagai Johan Perbarisan Terbaik pada tahun ini. Pencapaian pada tahun ini adalah memperbaiki pencapaian tahun lepas dengan sekadar tempat ketiga. Pada tahun ini menyaksikan persaingan yang sangat sengit daripada 28 buah sekolah-sekolah rendah seluruh daerah Marang bagi merebut "Ibu Pingat" iaitu Johan Perbarisan Terbaik bagi kategori sekolah rendah. Tempat kedua jatuh kepada SK Merchang manakala tempat ketiga SK Marang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan Piala Pusingan Perbarisan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Marang Kali ke 24 ini, ke SK Medan Jaya. Kredit diberikan kepada Puan Khalijah bt Omar (Guru Besar), Encik Amran bin Wahab (GPK Kokurikulum), Puan Embat Abdul Rahman, Encik Badrul Hisham bin Mohd Nor dan Encik Ahmad Radzi bin Muhammad selaku Ketua Kontijen SK Medan Jaya.






SEJARAH TERCIPTA DI SK MEDAN JAYA...TAHNIAH KEPADA SEMUA!!

Thursday 5 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -10 2015


Khamis: 5 Mac 2015:  Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Medan Jaya telah berjaya diadakan pada hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Anuar bin Yahya (Ketua Penyelia Agensi Transformasi Negeri Terengganu (ATRA) menggantikan Dato' Hj Nik Dir bin Nik Wan Ku (Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang) yang tidak dapat bersama pada kali ini. Majlis berjalan dengan baik mengikut agenda yang telah dirancang.

Dalam ucapan perasmian, Tn Hj Anuar bin Yahya menegaskan bahawa pendidikan sangat penting di dalam kehidupan dan beliau berharap agar PIBG SK Medan Jaya terus cemerlang dalam memantapkan pengurusan sekolah dan dalam mewujudkan kesepakatan dan keharmonian dengan ibubapa dan masyarakat.

Mesyuarat Agung kali ke-10 ini juga telah berjalan dengan baik dan pada tahun ini menyaksikan sedikit perubahan Jawatankuasa PIBG di kalangan ibubapa. Berikut adalah Jawatankuasa PIBG yang baharu di kalangan ibubapa/penjaga, manakala Jawatankuasa guru pula akan dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

YDP: YM Engku Hamzah bin Engku Jalil (Kekal)
NYDP: Encik Mohd Samsuri bin Muhammad Latpi (Baru)
AJK Ibubapa:
  • Encik M. Ikram bin Zakaria (Baru)
  • Encik Mazlan bin Abdullah (Kekal)
  • Tengku Roslan bin Tengku Ibrahim (Baru)
  • Puan Fauziah bt Ahmad (Baru)
  • Puan Yuslinda bt Yusof (Baru)
  • Puan Hezlina bt Jani (Kekal)
Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih menerajui JK PIBG sekolah bagi sesi 2015. Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan.





BT1

Monday 2 March 2015

PELAKSANAAN WAKAF DALAM KONTEKS ASET PIBG

Bilik Mesyuarat: 1 Mac 2015: Satu taklimat ringkas berkaitan Pelaksanaan Wakaf dalam Konteks Aset PIBG telah diadakan pada hari ini. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai JPNT, Ustaz Hussin bin Ali.

Berkaitan dengan perkara tersebut, iaitu cadangan Penubuhan Tabung Aset Wakaf bagi SK Medan Jaya. Ini bagi membantu PIBG sekolah menambah dana pendapatan di dalam akaun PIBG sekolah .Cadangan pelaksanaan ialah melalui usul yang dipersetujui di dalam mesyuarat agung PIBG. Sekiranya persetujuan dicapai, maka pihak JPNT akan membawa usul tersebut untuk tindakan dan kelulusan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Pihak PIBG dan sekolah bersetuju sebulat suara supaya usul berkaitan Penubuhan Tabung Aset Wakaf bagi SK Medan Jaya ini dilontarkan oleh Cikgu Said bin Abdul Manaf di dalam mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan pada 5 Mac ini.

GAMBAR SEKITAR TAKLIMAT :







Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...