Friday 27 February 2015

PROGRAM LADAP VLE FROG

TARIKH: 28 FEBRUARI 2015 - SABTU
MASA: 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT: MAKMAL BAHASA SK MEDAN JAYA

Kursus Ladap VLE Frog telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada Pn Iylia Iryani bt Ismail - Penyelaras LADAP SK Medan Jaya. Peserta terdiri daripada semua guru manakala penceramah jemputan ialah Encik El- Gamillo bin Habibun Tan - Pegawai Penyelaras PKG Marang.

Tujuan kursus ini ialah untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan dan kecekapan guru-guru SK Medan Jaya berkaitan Program Frog VLE ini.

Tahniah kepada semua guru yang telah berjaya menghadirkan diri dalam kursus LADAP ini.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik El-Gamillo bin Habibun Tan kerana sudi menghadirkan diri dan berkongsi pengalaman, pengetahuan serta tunjuk ajar yang diberikan.







Terima Kasih Encik El..Terimalah cenderamata dari warga SK Medan Jaya
VLE FROG : VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT 

Wednesday 25 February 2015

BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN SOLAT DHUHA

SKMJ:26/2/2015: Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Dhuha bagi bulan Februari bermula pada hari ini. Program ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah dijalankan pada tahun-tahun lepas. Alhamdulillah, aktiviti ini diteruskan lagi pada tahun ini.

Program ini telah diadakan di Surau SK Medan Jaya dan disertai oleh semua murid Tahap II. Bacaan Yasin serta solat-solat sunat telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Badrul Hisham bin Mohd Nor.





Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kita pada pagi ini. Insya Allah, Usaha, Do'a dan Tawakkal, akan membuahkan hasil yang diharapkan...Amin.

Tuesday 17 February 2015

MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU DAN IBUBAPA CALON UPSR 2015

SKMJ: 18 Februari 2015: Majlis Permuafakatan ibubapa dan guru pelajar UPSR diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SKMJ. Majlis dijangka akan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir jam 1.00 Petang. Antara tentatif program seperti berikut:
  • Pendaftaran Ibubapa
  • Kata-kata aluan pengacara majlis
  • Bacaan do'a
  • Ucapan Pn Guru Besar
  • Analisis TOV dan ETR
  • Program Kecemerlangan UPSR 2015
  • Dana Kecemerlangan UPSR 2015
  • Hal-hal lain
Antara intipati ucapan Pn Khalijah ialah:
  1. Ibubapa haruslah memastikan kehadiran penuh murid Tahun 6 ke sekolah.
  2. Elakkan memakan makanan yang boleh menumpulkan otak seperti asam, jeruk dan sebagainya, disamping mengelakkan makanan ringan dan air berkarbonat.
  3. Banyakkan memakan makanan sunnah seperti kismis dan kurma.
  4. Pastikan murid Tahun 6 tidak tinggal solat dan ibubapa haruslah berdoa untuk keselamatan dan kejayaan anak.
  5. Pastikan anak kita tidak tinggal solat.
GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG:

Sir Mustapha selaku pengerusi majlis
Ustaz Fadhlan memimpin bacaan do'a
Aluan Tuan Guru Besar










Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Insya Allah, dengan komitmen guru, kerjasama ibubapa dan kesungguhan pelajar, Kejayaan pasti milik kita..Amin..


BT 1

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015

1 MURID, 1 BUKU DITANGAN

SK Medan Jaya: 9 Februari 2015: Pada pagi ini telah diadakan satu Majlis Pelancaran Program Nilam yang diadakan di Dataran SK Medan Jaya. Program yang bertemakan 1 Murid, 1 Buku ditangan itu mensasarkan murid tahap satu dan dua. Program bermula dengan ucapan daripada Pn Anisah bt Yahya selagu Guru Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah.

Seterusnya ucapan daripada GPK Pentadbiran, Tn Haji Mohd Yasin bin Ali dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar.





Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Buku Nilam.





 GIMIK PELANCARAN PROGRAM NILAM OLEH PN GURU BESAR





Majlis diakhiri dengan persembahan bacaan buku oleh Arfan Haikal b Mustapha dan Roghidatul 'Izzah bt Rani.



1 MURID, 1 BUKU DITANGAN... Jadikan membaca sebagai amalan kita seharian....



Thursday 5 February 2015

PERKHEMAHAN PBB DAERAH MARANG 2015

SK Pasir Putih: 5 Februari 2015: SK Medan Jaya telah menyertai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (PBB) yang telah diadakan di SK Pasir Putih, Marang Terengganu. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari dua malam bermula 5 Februari hingga 7 Februari 2015. Program tahunan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Marang itu melibatkan semua sekolah-sekolah  rendah Daerah Marang.

SK Medan jaya telah menghantar wakil seramai 16 orang yang terdiri daripada Pasukan Pengakap Kanak-kanak, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Pergerakan Puteri Islam.

Selamat Maju jaya diucapkan kepada semua peserta perkhemahan khususnya Pasukan SK Medan Jaya!!










Sunday 1 February 2015

SELAMAT HARI LAHIR CIKGU!

Ahad: 1 Feb 2015: Seramai 4 orang guru yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Januari dan Februari diraikan pada pagi ini. Majlis diadakan seusai perhimpunan rasmi sekolah. Antara guru yang terlibat ialah Sir Mustapha bin Yusoff, Puan Azizah bt Besar, Puan Fauziah bt Mohd dan Cik Azilawati bt Aziz. Hadiah disumbangkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Tuan Guru Besar, Puan Khalijah bt Omar menyampaikan hadiah kepada guru yang terlibat.






Untuk guru-guru lain, sabar menanti bulan kelahiran masing-masing. Terima kasih dan Selamat Hari Lahir Cikgu!!


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...