Monday 19 January 2015

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN " 6 ASPIRASI MURID "

  LADAP : 6 ASPIRASI MURID

Telah diadakan pada 18 Januari 2015, pukul 2.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat SK Medan Jaya. Semua guru telah berjaya menghadirkan diri. Terima Kasih dan Tahniah diucapkan.
Antara pengisian program ialah:
  • Ucapan Aluan Tuan Guru Besar, Puan Khalijah bt Omar.
  • Penerangan berkaitan 6 Aspirasi murid yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
  • Pembahagian kumpulan diantara guru bagi membincangkan 6 aspirasi murid iaitu:
  1. Pengetahuan
  2. Kemahiran  Berfikir
  3. Kemahiran Memimpin
  4. Kemahiran Dwibahasa
  5. Etika dan Kerohanian
  6. Identiti Nasional
  • Sesi pembentangan
  • Bersurai  


Sunday 18 January 2015

PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SK MEDAN JAYA 2015

SK Medan Jaya: 18 Januari 2015:  Pada hari ini telah diadakan Program Merentas Desa Peringkat Sekolah. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi itu bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Sukan Sekolah, Encik Mohd Badrul Hisham bin Mohd Noor.

Tentatif Program:

7.30 - 8.00 Pagi : Taklimat Program
8.00 - 8.40 Pagi : Senamrobik - Pimpinan Cikgu Ilya Iryany bt Ismail
8.40 - 9.00 Pagi : Guru beredar ke tempat bertugas manakala murid-murid berkumpul di depan sekolah
9.00 - 10.00 Pagi : Larian bermula secara berperingkat dari Tahun 1-Tahun 6
10.00 - 10.30 Pagi : Rehat

Pelepasan murid telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar.







ANTARA GAMBAR PESERTA SEPANJANG LARIAN:















MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG:

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada keesokkan harinya iaitu pada Isnin, 19 hb Januari. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Yasin bin Ali. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.










BADAN SIHAT, OTAK CERDAS






Thursday 15 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2015

Medan Jaya: 14 Januari 2015: Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Medan Jaya telah diadakan secara ringkas dan sederhana pada tahun ini. Majlis telah diadakan pada sesi perhimpunan pagi pada hari Selasa yang lalu.

Tentatif program bermula dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Radzi bin Muhammad, ucapan daripada Tuan Guru Besar, Pn Khalijah bt Omar dan di akhiri dengan aluan dan alunan  Selawat secara beramai-ramai oleh guru dan murid-murid.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG:















“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...