Monday 22 July 2013

MAJLIS KHATAM QURAN 2013


PROGRAM PERDANA BACAAN YASIN, SOLAT SUNAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT SEMPENA IHYA RAMADHAN 1434H/2013

TARIKH : 22 JULAI 2013 - 5 OGOS 2013.
HARI : SETIAP HARI ISNIN DAN KHAMIS
SASARAN : SEMUA WARGA SK MEDAN JAYA

ATURCARA MAJLIS :

7.15 PAGI: PERSIAPAN TEMPAT / DATARAN SAKINAH
7.25 PAGI: GURU DAN MURID MENGAMBIL TEMPAT
7.30 PAGI: BACAAN SURAH YASIN
7.45 PAGI: SOLAT SUNAT DHUHA DAN SUNAT HAJAT
7.55 PAGI: BERSURAI

IMAM BERTUGAS: 
  1. ENCIK AZARUL RAZAMIN BIN MAT SAID
  2. ENCIK AHMAD RADZI BIN MUHAMMAD
  3. ENCIK SAMSUKAMAL BIN ABDUL RASHID
  4. ENCIK SAID BIN ABD MANAF
  5. ENCIK MOHD BADRUL HISHAM BIN MOHD NOR
GALERI GAMBAR HARI PERTAMA PROGRAM (22 JULAI 2013)
 
PERSIAPAN TEMPAT:








BACAAN SURAH YASIN: 










SOLAT SUNAT DHUHA DAN HAJAT: 





SEMOGA AMALAN KITA DITERIMA DAN DIREDHAI ALLAH SWT, AMIN.

BT1

Sunday 21 July 2013

INIKAH RAMADHAN TERAKHIRKU?

SK Medan Jaya - (21/7/2013): Sempena Ihya Ramadhan ini, Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan SK Medan Jaya (KGKT), telah menjemput Ybhg. Ustaz Muhammad bin Abdullah, Mantan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNT bagi menyampaikan Tazkirah Ramadhan kepada semua warga SKMJ. Tazkirah yang bertajuk Inikah Ramadhan Terakhirku? ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Medan Jaya. Semua guru dan kakitangan sekolah termasuk Guru-guru KAFA hadir ke majlis ini.


Ustaz Azarul Razamin sebagai Pengacara Majlis
Ustaz Muhammad bin Abdullah




Cenderahati Kenangan Sebagai Tanda Terima Kasih
Pihak Sekolah mengucapkan terima kasih kepad Ybhg. Ustaz Muhammad bin Abdullah diatas kesudian beliau datang ke SKMJ dan menyampaikan Tazkirah. Semoga Allah SWT Merahmati kita semua, Amin...

BT1

Friday 19 July 2013

MOTIVASI CALON UPSR 2013

SK Medan Jaya (18 Julai 2013) - Pada pagi ini telah diadakan Sesi Motivasi Calon-calon UPSR SK Medan Jaya. Motivasi ini telah disampaikan oleh Encik Sukni Hisyam bin Omar - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang (PPD), Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Marang.

Program bermula seawal jam 10.45 pagi itu berakhir pada 12.30 tengah hari. Ceramah Motivasi ini diadakan bagi memberi semangat, dorongan dan sokongan kepada semua calon UPSR SK Medan Jaya dalam menghadapi Peperiksaan UPSR nanti. Semoga amanat, nasihat dan panduan yang telah di berikan oleh Encik Sukni Hisyam ini akan menjadi penguat semangat kepada semua pelajar dalam memberikan yang terbaik di dalam peperiksaan nanti, Insya Allah. SKMJ BOLEH!!

Encik Mustapha bin Yusof sebagai Perantara Majlis
Aluan daripada Puan Guru Besar Cemerlang, Pn Hjh Limah bt Mohd
Encik Sukni Hisyam bin Omar sebagai Motivator
Calon UPSR SKMJ tekun mendengar ceramah motivasi
Pihak sekolah mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Encik Sukni Hisyam bin Omar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang, Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta di atas kesudian beliau datang ke SK Medan Jaya seterusnya menyampaikan ceramah motivasi kepada semua Calon UPSR 2013.

 BT1


Thursday 18 July 2013

"RAMADHAN BULAN BERKAT, TAKWA KITA PERTINGKAT"

MEDAN JAYA, MARANG (Khamis, 18 Julai 2013) : SK Medan Jaya sedang melangsungkan Program Ihya Ramadhan 1434H/2013M bermula 10 Julai hingga 5 Ogos 2013. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya Bacaan Yaasin, Solat Sunat Dhuha dan Sunat Hajat, Tadarus Quran (Guru-Murid) dan Kuiz Ihya Ramadhan (terbuka Tahap 2).

Kemuncak Program Ihya Ramadhan SKMJ 2013 adalah Majlis Khatam Quran yang dijadualkan pada 1 Ogos depan.




Monday 8 July 2013

GOTONG-ROYONG PROGRAM 3K BERSAMA PIBG DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)


Medan Jaya: Pada hari ini telah diadakan satu Program Gotong-Royong Program 3K bersama Persatuan Ibubapa dan Guru SK Medan Jaya (PIBG) serta beberapa orang Pegawai dan Petugas Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Negeri Terengganu. Aktiviti yang bermula pada pukul 9.00 pagi - 12.00 tengah hari itu juga melibatkan beberapa orang guru-guru SKMJ.

Pn Guru Besar dan PK HEM bergambar bersama Kumpulan Pegawai dan Kakitangan AADK dan PIBG
Taklimat Aktiviti oleh Pn Rugayah bt Abu Bakar PK HEM SKMJ


SEKITAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG


Encik Mohd Rosli bin Mamat turut serta dalam aktiviti ini








Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Aktiviti Gotong Royong ini.

Thursday 4 July 2013

KEM TUTORIAL UPSR MARANG 2013 (ZON 3)

Peserta Kem Tutorial SK Medan Jaya bergambar
Kenangan bersama JK Kecemerlangan UPSR SKMJ.


MEDAN JAYA : SK Medan Jaya dipilih menjadi tuan rumah Kem Tutorial UPSR 2013 peringkat Zon 3 Daerah Marang, bermula Khamis 4 Julai hingga Sabtu 6 Julai 2013. Kem ini bertujuan membimbing murid Tahun 6 menguasai kemahiran topik dalam sukatan peperiksaan UPSR.




Sebanyak 5 buah sekolah rendah dalam zon 3 terlibat iaitu SK Medan Jaya, SK Rusila, SK Ru Rendang, SK Marang dan SK Gong Nangka yang terdiri daripada 78 peserta.

Kem tutorial berkenaan dijalankan serentak di daerah Marang dalam peringkat zon dan ia melibatkan 29 sekolah rendah. 

Semoga berjaya dalam UPSR 2013.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang di adakan pada 28 Jun 2018, tahniah kepada semua warga sekolah yang menjayakan program ini dengan ...